KUALA LUMPUR: Kedudukan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) sebagai entiti baharu sepak takraw negara, tetap kukuh walaupun satu ahli gabungannya bertindak 'mengangkat kaki' meninggalkan mereka.
Presiden MSC Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata beliau tidak gusar sekiranya perkara itu berlaku kerana mereka sememangya diiktiraf Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) sebagai badan induk tunggal sukan itu di negara ini.
"Siapa pengelola sukan sepak takraw di Malaysia? Kita (MSC)...jika mereka (Pestak) mahu keluar, nak ke mana? Nak pergi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)?
"Perlu diingatkan MSC dapat surat kelulusan sebagai ahli ASTAF dan ISTAF, jadi kedudukan kami ketika ini sangat kuat sedangkan PSM yang ditubuhkan berpuluh tahun disingkirkan dari dua badan induk itu sebelum ini," katanya.
Suhaili berkata demikian selepas perwakilan Persatuan Sepaktakraw Negeri Kedah (Pestak) difahamkan tidak hadir pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), malam tadi.
Mengenai pelantikan Dr Noor Azam Samsudin sebagai Setiausaha Agung MSC menggantikan Timbalan Presiden Pestak Syed Hussain Syed Abu Bakar, Suhaili tidak melihat itu sebagai satu isu berbangkit.
Beliau juga percaya Syed Hussain yang sebelum ini memegang jawatan itu secara sementara tidak berkecil hati dengan keputusan berkenaan.
"Sejak hari pertama lagi dia (Syed Hussain) tahu lantikan itu dan dia akui memang dia dilantik sementara malah dia di Kedah, kita pula di Kuala Lumpur dan semua mesyuarat di sini, jadi sukar baginya datang melainkan pada hujung minggu," katanya.
Sementara itu, beliau juga tidak melihat Syed Hussain yang dikhabarkan menyertai sebuah bengkel anjuran PSM sebagai satu 'kesalahan'.
"Tiada isu pun kerana PSM masih persatuan berdaftar cuma mereka bukan badan pengelola sukan...kalau dia nak tambah ilmu melalui bengkel tak boleh halang, kita tak ekstrem sehingga berlaku pemecatan," katanya.
Sementara itu, Suhaili berkata EGM yang diadakan lebih menjurus kepada penambahbaikan 20 perkara yang terkandung dalam perlembagaan MSC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Menurut Suhaili, EGM yang diadakan malam tadi lebih menjurus kepada penambahbaikan 20 perkara yang terkandung dalam perlembagaan MSC.- BERNAMA
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
Konfederasi Sepaktakraw Malaysia kukuh, tak 'goyang' - Presiden
Kedudukan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) sebagai entiti baharu sepak takraw negara, tetap kukuh walaupun satu ahli gabungannya bertindak 'mengangkat kaki' meninggalkan mereka.
MSC tunggu MOM buka pintu sebagai ahli gabungan
MSC hanya mahu menjadi sebahagian daripada MOM dalam misi memperkasakan sukan tradisional itu.