SUKAN
Konflik Thailand-Kemboja: Persiapan Sukan SEA diteruskan - Hannah
Hannah menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memantau perkembangan konflik Thailand dan Kemboja menjelang temasya Sukan SEA yang dijadual berlangsung Disember ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Ringkasan AI
Beliau mengesahkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapat situasi itu, namun setakat ini tiada perubahan dalam perancangan kontinjen negara.
"Sudah tentu kami bimbang dengan perkembangan semasa namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha sedaya upaya untuk berbincang dengan kedua-dua negara bagi mencapai gencatan senjata. Sudah pasti, kita mengharapkan keamanan di rantau itu.
"Diharapkan isu itu dapat diselesaikan segera secara baik. Majlis Sukan Negara sentiasa mengikuti bukan sahaja laporan berita luar, malah perlu mendapatkan panduan daripada Kementerian Luar dan setakat ini tiada sebarang perubahan melibatkan perancangan Malaysia untuk Sukan SEA," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Kejohanan itu menghimpunkan 2,000 atlet dari seluruh negara yang bertanding dalam lima disiplin utama, iaitu silat, wusyu, karate, Muay Thai dan gusti.
Hannah berkata sukan tempur perlu diberi sokongan setara dengan sukan berstatus Olimpik dan kementerian komited membantu pembangunan disiplin itu secara berterusan.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan cadangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menubuhkan Dana Amanah Sukan Negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan sebagai satu langkah positif.
"Seperti yang saya nyatakan, persatuan-persatuan sukan mereka perlu ada inisiatif sendiri untuk cari dana. Tak boleh bergantung pada kerajaan," katanya.
"Kerajaan pula kita dah ada, dan kita sudah mula melihat pihak swasta yang pertama Chery Malaysia masuk. Ini perkembangan yang bagus," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia memantau rapat konflik Thailand-Kemboja menjelang Sukan SEA Disember ini, namun tiada perubahan dalam perancangan kontinjen negara setakat ini.
- Menteri Hannah Yeoh merasmikan Kejohanan Sukan Tempur Kebangsaan 2025 yang melibatkan 2,000 atlet dalam lima disiplin utama, dan menekankan sokongan berterusan terhadap sukan tempur.
- KBS menyambut baik cadangan penubuhan Dana Amanah Sukan Negara oleh MOM untuk kurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan, dengan sokongan awal daripada Chery Malaysia.