awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontrak penganjuran F1 perlu ada fleksibiliti - Razlan

Bernama
Bernama
05/03/2015
23:53 MYT
Kontrak penganjuran F1 perlu ada fleksibiliti - Razlan
Kontrak penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) bagi tahun depan perlu mempunyai fleksibliti, kata CEO Sepang International Circuit.
Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali menyifatkan kontrak penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) bagi tahun depan perlu mempunyai fleksibliti.
Razlan berkata setiap minggu pihak Formula One Management (FOM) memberikan 'kejutan' dalam kontrak penganjuran perlumbaan tersebut yang perlu dikaji semula supaya hak sebagai penganjur dijaga.
"Tiap-tiap minggu mereka (Formula One Management) akan memberikan 'surprise' , jadi pihak saya (SIC) perlu mengkaji semula (syarat-syarat kontrak) kita harap 'surprise' ini 'stop' supaya kita boleh menandatangani kontrak dan membuat pengumuman (penganjuran Formula 1).
"Syarat-syarat yang diberikan kepada pihak mereka (FOM) itu akan memberikan impak kewangan, jadi masih kami masih berunding lagi. Jumlah yuran penganjuran masih sama seperti yang dipersetujui tetapi ada kos sampingan yang kita tidak perlu tanggung...perkara ini kita sedang berunding dengan mereka," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pembekal cermin mata Rudy Project yang diwakili Pengarah Jualan syarikat tersebut W.W Liau sebagai penaja Drive M7 SIC Racing team.
Katanya, kerajaan turut meminta beliau memperhalusi kontrak tersebut supaya SIC mendapat hak sebagai penganjur.
"Kerajaan juga meminta saya muktamadkan kontrak ini, tetapi sebelum saya membuat pengesahan, saya mahu pastikan kepentingan (SIC) dijaga. Kontrak perlu ada fleksibiliti," katanya.
Rudy Project menandatangi kontrak bersama SIC selama setahun bagi menaja cermin mata kepada SIC Drive M7 SIC Racing Team dan staf SIC pada perlumbaan Motorsikal Grand Prix Malaysia 2015 dan FIM Superbike World Championship 2015.
Topic Berkaitan
#F1
#Razlan Razali
#SIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan