Kontrak Karl Heinz Weigang sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak Perak ditamatkan berkuatkuasa hari ini, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Beliau berkata keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan panjang lebar dan meneliti pelbagai aspek serta cadangan.
"PAFA sangat menghormati dan menghargai Weigang yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan luar biasa kepada pasukan dan dinobatkan sebagai Jurulatih Legenda 'The Bos Gaurus'," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Berikutan itu, Abdul Puhat berkata bekas pemain pasukan Australia, Mehmet Durakovic dilantik sebagai ketua jurulatih Perak yang baharu berkuatkuasa hari ini selepas meneliti beberapa calon jurulatih tempatan dan asing.
Katanya Durakovic, 52, dari Australia dipilih berdasarkan rekod sebagai pemain dan jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan serta kejurulatihan di negaranya.
Selain itu, Durakovic juga telah menjuarai pelbagai kejohanan seperti Piala Malaysia pada 1995, 1996 dan 1997 dan Piala FA pada 1995 semasa bersama pasukan Selangor sebagai pemain serta ketua pasukan.
"Semasa bersama Australia, beliau pernah menyertai pelbagai kejohanan termasuk kempen Piala Dunia 1990 dan 1994 sebagai ketua pasukan.
PAFA berharap perlantikan Durakovic dapat membentuk pasukan yang berkualiti dengan ilmu, pengalaman, sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya. --Bernama
Bernama
Wed Feb 22 2017
Keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak, PAFA dan Weigang (gambar) mengadakan perbincangan panjang lebar dan meneliti pelbagai aspek serta cadangan. - Foto YouTube
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.
Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.
Sukma 2018: Khidmat Abdul Puhat masih diperlukan - MB Perak
Menyedari perkara itu, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, khidmat Abdul Puhat akan diteruskan sebagai perunding untuk SUKMA edisi ke-19 yang akan bermula pada September.
Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.
Abdul Puhat sah bertanding Parlimen Parit Buntar?
Menurut beliau Parlimen Parit Buntar yang menggunakan kod P57 seolah-olah ditakdirkan untuk dirinya berikutan mengandungi angka 7 yang kebetulan sinonim dalam perjalanan hidupnya.
Bukti terkini Pas terima duit BN?
Cek itu difahamkan disalurkan kepada seorang individu yang merupakan seorang pengerusi sebuah Pasti milik Pas di sini bagi tujuan pembangunan sekolah itu.
Perak umum dua import baru
Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, pemilihan itu dibuat berdasarkan pemerhatian dan penelitian ke atas apa yang terbaik untuk pasukan Perak.
Isu venue: Perak bersiap sedia apa jua kemungkinan
Isu timbul bila FMLLP menyifatkan stadium itu masih kabur daripada segi aspek keselamatan, terutama apabila membabitkan perlawanan berprofil tinggi.
Ketua pasukan, Shahrom antara 9 pemain Perak digugur
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila tidak memperbaharui kontrak sembilan pemain musim lalu.
Dua pemain import sedang dikenal pasti perkuatkan Perak
Langkah itu perlu dilakukan berikutan pemain import sedia ada, Yashir Pinto masih mengalami kecederaan manakala Thiago Junior Aquino ada menyuarakan hasrat untuk bersara.