SUKAN
Kontroversi di Bukit Jalil: Amad Diallo akhirnya minta maaf
Diallo pada awalnya mempertahankan tindakannya, tetapi kemudian secara rasmi memohon maaf, menyatakan bahawa dia bertindak balas terhadap provokasi tertentu. - Stadium Astro
BINTANG muda Manchester United, Amad Diallo, memohon maaf atas tindakan kurang sopannya dalam kunjungan ke Malaysia, kelmarin.
Ringkasan AI
Terdahulu, Diallo menegaskan bahawa dia tidak kesal dengan tindakannya sambil menjelaskan bahawa dia berkelakuan sedemikian berhubung kejadian selepas di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana didorong oleh oleh peminat terhadap ibunya.
Namun, hari ini Diallo secara rasmi memohon maaf selain mengulangi bahawa seronok dalam kunjungan ke Malaysia sempena perlawanan Maybank Challenge Cup.
"Sekali lagi, bukan niat saya untuk menyakiti orang lain, saya bertindak balas terhadap (kelakuan) orang yang tidak sihat.
"Saya minta maaf kepada yang berasa bimbang.
"Kami seronok berkunjung ke Malaysia," menurutnya dalam satu kenyataan. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Kontroversi di Bukit Jalil: Amad Diallo mencetuskan kontroversi selepas menunjukkan isyarat kurang sopan kepada peminat selepas kekalahan Manchester United kepada ASEAN All-Stars dalam Maybank Challenge Cup.
- Permohonan Maaf: Diallo pada awalnya mempertahankan tindakannya, tetapi kemudian secara rasmi memohon maaf, menyatakan bahawa dia bertindak balas terhadap provokasi tertentu.
- Reaksi Peminat: Insiden ini mendapat perhatian luas, dengan peminat dan pemerhati bola sepak mengkritik tindakan Diallo serta menekankan kepentingan profesionalisme dalam sukan.