awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuartet renang 4x100 lelaki perbaharui rekod kebangsaan

Bernama
Bernama
22/08/2018
21:00 MYT
Kuartet renang 4x100 lelaki perbaharui rekod kebangsaan
Catatan yang dilakar itu membolehkan mereka menamatkan saingan malam semalam di tempat keenam daripada keseluruhan lapan negara. - Gambar fail
Kuartet renang lelaki negara berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas ketika turun beraksi dalam final acara itu di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Rabu malam.
Skuad yang dibarisi jaguh renang negara, Welson Sim bersama Lim Kit Sern, Chan Jie, Fong Wei Tze itu mencatat kepantasan 3 minit 21.06 saat (s) untuk memadam rekod lama 3:21.79s yang dilakar pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos tahun lalu.
Catatan yang dilakar itu membolehkan mereka menamatkan saingan malam semalam yang berlangsung di Kompleks Renang Gelora Bung Karno di tempat keenam daripada keseluruhan lapan negara.
Pingat emas acara itu menjadi milik kuartet Jepun dengan catatan 3:12.68s yang juga merupakan rekod baharu kejohanan sementara China meraih perak (3:13.29s) manakala Singapura membawa pulang gangsa (3:17.22s).
Terdahulu, Malaysia melangkah ke final dengan menduduki tempat ketiga selepas merakam 3:22.89s dalam saringan ketiga.
Dalam pada itu, Jie terpaksa melupakan hasratnya membuat penampilan pada aksi final 100m lelaki kuak kupu-kupu apabila kandas dalam saringan keempat acara itu yang berlangsung pada sebelah pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet negara
#Indonesia
#Jakarta Palembang
#kuartet renang
#rejkod kebangsaan
#Sukan Asia
#Welson Sim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan