awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

La Liga: Almeria malukan Barca

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2023
03:50 MYT
La Liga: Almeria malukan Barca
El Bilal Toure (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan La Liga antara Almeria dan Barcelona di Stadium Juegos Mediterraneos, Almeria, Sepanyol, 26 Feb 2023. (Foto AP)
PENDAHULU La Liga, Barcelona dimalukan oleh pasukan di pertengahan liga, Almeria 0-1 awal pagi Isnin.
Kekalahan itu membuatkan Barca yang dibimbing Xavi Hernandez gagal memanfaatkan peluang untuk melebarkan jurang mata ketika pencabar terdekat, Real Madrid terikat 1-1 dengan Atletico.
"Saya sangat marah kerana saya fikir kami beraksi sangat buruk musim ini," ujar Xavi.
Jaringan El Bilal Toure pada separuh masa memberikan Almeria kemenangan pertama mereka ke atas Barca, yang tumpas buat kali kedua dalam kempen liga.
Biarpun tewas, Barca masih mendahului liga dengan kelebihan tujuh mata ke atas penyandang juara, Real.
Bagaimanapun motivasi mereka kian menurun selepas tersingkir dari Liga Europa pada pertengahan minggu lalu ketika menentang Manchester United.
"Pada separuh masa pertama kami gagal mengawal bola dengan baik. Sepatutnya kami tidak boleh melakukan kesilapan.
"Pada separuh masa kedua mereka bertahan dengan baik.
"Kami tidak menunjukkan semangat untuk memenangi perlawanan," katanya.
Barca akan berdepan Ral dalam saingan Clasico separuh akhir pertama Copa del Rey di Santiago Bernabeu pada Jumaat.
Kemenangan mampu melebarkan kelebihan mereka dalam perebutan kejuaraan kepada dua angka, ketika mereka berusaha untuk memenangi La Liga buat kali pertama sejak 2019. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#barcelona
#Almeria
#El Bilal Toure
#La Liga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan