SUKAN

LaLiga: Barcelona bangkit benam Atletico Madrid

Astro Arena 03/12/2025 | 01:30 MYT
Aksi Raphinha berebut bola dengan Alex Baena ketika perlawanan La Liga Sepanyol antara Barcelona dan Atletico de Madrid, di Barcelona, Sepanyol, 2 Dis 2025. (AP Photo/Joan Monfort)
BARCELONA bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Atletico Madrid awal pagi tadi, sekali gus melebarkan kelebihan mereka di puncak LaLiga kepada empat mata.

Atletico Madrid memecah kebuntuan hasil jaringan cantik Alex Baena, namun gol pembukaan mereka hanya bertahan selama enam minit apabila Raphinha pantas menyamakan kedudukan.

Barcelona mempunyai peluang besar untuk mendahului sebelum ke bilik persalinan namun percubaan Robert Lewandowski tersasar melepasi palang gol.

Barcelona kekal mendominasi permainan hampir sepanjang separuh masa kedua, dan akhirnya melengkapkan kebangkitan apabila Dani Olmo menemui sepakan sudut kanan bawah sejurus selepas tempoh 60 minit.

Ferran Torres mengesahkan kemenangan dengan jaringan ketiga pada minit ke-96.





#barcelona #LaLiga #Atletico Madrid #bola sepak