[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SPORTS

LaLiga: 'Bukan mudah Vinicius Junior tanggung penderaan perkauman'

Astro Arena 06/01/2025 | 03:40 MYT
Vinicius Junior (kanan) menampar Stole Dimitrievski sebelum dia diberikan kad merah oleh pengadil ketika perlawanan LaLiga antara Valencia dan Real Madrid di Estadio de Mestalla, Valencia, Sepanyol, 3 Jan 2025. REUTERS
KETUA jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, meletakkan harapan agar tonggak utamanya, Vinicius Junior, tidak akan digantung perlawanan selepas dibuang padang ketika pasukannya membenam Valencia 2-1, kelmarin.
Pemain sayap Brazil itu dilayangkan kad merah selepas menampar penjaga gol pasukan lawan, Stole Dimitrievski, dengan pengendali berusia 65 tahun itu optimis pemainnya akan terlepas daripada penggantungan minimum dua perlawanan.
Vini turut tersenarai dalam skuad Los Blancos yang akan terbang ke Cartagena bagi menghadapi aksi pusingan 32, Copa Del Rey, awal pagi esok.
"Ia bukan merah, ia kuning, dan itu faktor kami berharap dia tidak akan mengharungi sebarang penggantungan perlawanan."
Dia turut menjelaskan, pemain berusia 24 tahun itu berada di bawah tekanan mental yang besar selepas mengharungi penderaan perkauman beberapa kali di Sepanyol.
"Sangat sukar untuk berada dalam kedudukannya. Bukan mudah untuk dia menanggung semua yang dia lalui, termasuk penghinaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tidak mudah, tetapi dia cuba untuk memperbaiki diri. Dia kecewa mengenai perkara itu dan telah meminta maaf. Kita perlu melihat ke hadapan.
"Kami harap dia tidak akan digantung. Dua pemain sahaja yang tidak akan pergi - ke perlawanan menentang Deportiva Minera - iaitu Thibaut Courtois dan Antonio Rudiger." katanya dalam sidang media praperlawanan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Vinicius Junior #perkauman #Carlo Ancelotti