SUKAN
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
Facundo Garces ketika perlawanan LaLiga antara Deportivo Alaves dan Getafe di Stadium Mendizorrotza di Vitoria-Gasteiz, Sepanyol, malam tadi. - Foto Astro ARENA
PEMAIN warisan Harimau Malaya, Facundo Garces, kembali berada dalam kesebelasan utama Deportivo Alaves ketika menghadapi Getafe dalam saingan LaLiga di Stadium Mendizorrotza malam tadi.
Selapas digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September lalu, Garces diturunkan sebagai pemain gantian ketika Alaves menewaskan Espanyol 2-1 pada penghujung bulan lalu, beberapa hari selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menangguhkan hukumannya.
Kali ini, buat kali pertama sejak dipalit dakwaan pemalsuan dokumen, Garces kembali berada dalam kesebelasan utama Alaves dan beraksi penuh selama 90 minit tetapi kehadirannya tidak mampu untuk mengelakkan kekalahan 0-2 pasukan itu di tangan Getafe.
Luis Vazquez membuka jaringan pelawat pada minit ke-53 sebelum Mauro Arambarri menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72 buat Getafe.
Keputusan itu menyaksikan Getafe memintas Alaves untuk menduduki tangga ke-11 Liga dengan 26 mata.
Alaves pula tergelincir ke tangga ke-14 dengan 25 mata selepas 23 perlawanan.