LaLiga: Joao Felix wira Barcelona tundukkan Atletico

Astro Arena
Disember 4, 2023 04:38 MYT
Joao Felix (kanan) menendang bola sambil cuba dicabar Cesar Azpilicueta ketika perlawanan La Liga antara Barcelona dan Atletico Madrid di stadium Olimpic Lluis Companys, Barcelona, Sepanyol, 3 Dis 2023. (Foto AP)
BARCA 1 ATLETICO 0
Joao Felix membenam kelab induknya, Atletico Madrid, ketika jaringannya membawa Barcelona menduduki tangga ketiga LaLiga.
Bintang antarabangsa Portugal itu muncul duri dalam daging buat Atletico menerusi penyudahnya dalam separuh masa pertama untuk kemenangan 1-0 di Stadium Olimpik Lluis Companys, awal pagi tadi.
Felix memperdayakan penjaga gol, Jan Oblak, pada minit ke-28 ketika anak buah Xavi itu memintas Atletico dalam carta LaLiga dan mempunyai jurang empat mata dengan pendahulu, Real Madrid, sementara Girona di tempat kedua.
Sementara itu, Sevilla diikat 1-1 Villarreal di tempat sendiri dan kad merah Hector Bellerin pada minit ke-27 menyaksikannya Real Betis seri tanpa jaringan di Almeria, manakala Mallorca dan Alaves turut mencatat keputusan seri.
Felix yang ditemui selepas perlawanan mengakui ingin kekal di kelab yang berpangkalan di Catalunya itu apabila berkata: “Saya sangat gembira di sini.
"Saya harap Barça berusaha membuat tawaran untuk menandantangi saya musim panas kelak."

FÉLIX RISING pic.twitter.com/EZHmycEk3R

— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Atletico Madrid #barcelona #Joao Felix #LaLiga