awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Lamine Yamal tandatangani kontrak baru dengan Barcelona

Astro Arena
Astro Arena
03/10/2023
03:10 MYT
LaLiga: Lamine Yamal tandatangani kontrak baru dengan Barcelona
Aksi Lamine Yamal selepas pemain Sevilla Sergio Ramos menjaringkan gol sendiri dan gol pertama Barcelona ketika perlawanan LaLiga antara Barcelona dan Sevilla di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona, Sepanyol, 29 Sept 2023. - REUTERS
LAMINE Yamal menandatangani kontrak baru yang akan mengikatnya bersama Barcelona sehingga Jun 2026.
Pemain sayap berusia 16 tahun itu melalui musim pertamanya bersama skuad senior Barca dengan cukup cemerlang, di mana dia menjadi pemain termuda pernah ditampilkan pasukan Catalan itu sewaktu melakukan penampilan pertamanya -- pada usia 15 tahun, sembilan bulan dan 16 hari -- ketika menentang Real Betis pada April lalu.
Yamal telah melakukan sembilan penampilan buat pasukan bimbingan Xavi itu musim ini dan dia juga telah mendapatkan penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan Sepanyol pada bulan lalu.
Pemain sayap itu, yang menyertai Barcelona pada usia tujuh tahun, menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya bersama Sepanyol ketika menentang Georgia untuk menjadi penjaring termuda dalam sejarah La Roja dan mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang rakan sepasukannya, Gavi.
Un talento pic.twitter.com/cBtNYzdBPJ
— FC Barcelona (@FCBarcelona_es) October 2, 2023
Kontrak baru Yamal turut merangkumi klausa pelepasan bernilai €1 bilion (RM4.95 bilion).
Topic Berkaitan
#Lamine Yamal
#La Liga
#kontrak baru
#barcelona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan