awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Pasukan Real Madrid ini macam dalam filem - Casemiro

Astro Arena
Astro Arena
10/06/2022
03:15 MYT
LaLiga: Pasukan Real Madrid ini macam dalam filem - Casemiro
Casemiro telah menjulang trofi Liga Juara-Juara lima kali sebagai pemain Madrid. - Astro ARENA
CASEMIRO berkata pasukan Real Madrid seperti sesuatu daripada 'filem' kerana Los Blancos terus mencipta sejarah.
Madrid merangkul kejuaraan LaLiga ke-35 mereka musim ini, memastikan kemenangan liga utama Sepanyol dengan berbaki empat perlawanan.
Pasukan kendalian Carlo Ancelotti juga meraikan kejayaan Liga Juara-Juara, memenangi Piala Eropah buat kali ke-14 - lebih dua kali ganda yang dicapai oleh kelab lain - hasil kemenangan ke atas Liverpool di Paris.
Kemenangan 1-0 ke atas anak buah Jurgen Klopp di Stade de France bulan lalu adalah jauh kurang dramatik daripada yang dijangkakan, memandangkan laluan Madrid ke final.
Los Blancos memulihkan defisit dua gol pada separuh masa kedua perlawanan kedua menentang Paris Saint-Germain, sebelum menghalang Chelsea untuk menang pada masa tambahan.
Manchester City kemudiannya kelihatan mempunyai satu kaki ke final, tetapi dua gol Rodrygo Goes pada masa kecederaan diikuti dengan penalti masa tambahan Karim Benzema memastikan satu lagi kemenangan penuh sensasi.
Casemiro telah menjulang trofi Liga Juara-Juara lima kali sebagai pemain Madrid dan pemain antarabangsa Brazil itu menyamakan kejayaan mereka dengan sesuatu yang dimiliki oleh Hollywood.
"Pasukan ini seperti dalam filem. Memenangi lima Liga Juara-Juara dalam lapan tahun lepas hanya mempunyai satu definisi: mencipta sejarah," katanya kepada harian Sepanyol AS.
"Liga Juara-Juara yang dimenangi di Paris akan diingati seumur hidup. Ia adalah kisah Piala Eropah yang paling indah pernah diceritakan," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Casemiro
#Real Madrid
#Hollywood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan