[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SPORTS

LaLiga: Real Madrid ugut tak hadir perlawanan, pemain tak cukup rehat

Astro Arena 16/03/2025 | 05:00 MYT
Pemain Real Madrid meraikan kejayaan Kylian Mbappe (dua, kanan) menjaringkan gol kedua mereka ketika perlawanan La Liga antara Villarreal dan Real Madrid di Villarreal, Sepanyol, 15 Mac 2025. (Foto AP)
PERASAAN bercampur baur membelenggu ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, yang melihat prestasi lemau anak buahnya menghadapi dua perlawanan getir dalam tempoh singkat.
Meskipun menang 2-1 berdepan Villarreal menerusi jaringan bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG), Kyllian Mbappe, di tempat lawan, gergasi LaLiga itu tidak menunjukkan persembahan yang meyakinkan ekoran kepenatan pemain utama.
Awal pagi Khamis lalu, Los Blancos bermain selama hampuir 130 minit dan menuju penentuan sepakan penalti sebelum meraih kejayaan menewaskan seteru setempat, Atletico Madrid, untuk melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Menurut wartawan terkemuka, Fabrizio Romano, skuad terbaik liga Sepanyol itu telah mengutarakan masalah tersebut, namun tiada perubahan dibuat oleh penganjur.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini adalah amaran.
"Ini juga aksi terakhir kami yang bermain kurang daripada 72 jam rehat yang sepatutnya.
"Kami tidak akan hadir dan takkan bermain jika berlaku lagi.
"Kami meminta LaLiga untuk meminda permainan dua kali. Tetapi tidak diendahkan," luah Ancelotti.
#Real Madrid #LaLiga #Carlo Ancelotti #pemain kurang rehat