awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berikutan percanggahan Trump-Fed lemahkan dolar AS
X perlu perbaiki Grok AI atau berdepan penguatkuasaan DSA - EU
Ahli politik veteran UK Galloway puji sokongan Malaysia terhadap Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Saya tidak akan latih Barcelona, kata Ancelotti

Astro Arena
Astro Arena
08/04/2023
00:35 MYT
LaLiga: Saya tidak akan latih Barcelona, kata Ancelotti
ANCELOTTI: Saya tidak akan mengubah diri saya untuk sesiapa kerana saya rasa amat selesa di sini, di mana warganya amat menyayangi saya. - Gambar fail AP
CARLO Ancelotti berasakan melatih Barcelona bukan satu pilihan buat dirinya berdasarkan kesetiaannya kepada Real Madrid, yang dilabelkannya sebagai kelab terbaik di dunia.
Ancelotti memenangi satu kejuaraan LaLiga dan dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sepanjang dua tempohnya di Madrid.
Bagaimanapun, terdapat perkhabaran mendakwa tempoh kedua jurulatih itu bersama kelab berkenaan akan tiba di penghujungnya tidak lama lagi dengan skuad kebangsaan Brazil dan Chelsea dilaporkan antara yang berminat untuk mendapatkan khidmat individu berusia 63 tahun berkenaan.
Walaupun terdapat cakap-cakap mengenai destinasi pilihannya selepas ini, pengurus yang diiktiraf antara yang paling berjaya dalam sejarah itu, bagaimanapun, menepis kemungkinan dia akan menyertai seteru Clasico buat Madrid, Barcelona.
"Bagi saya, melatih Barcelona merupakan sesuatu yang mustahil," katanya dalam sidang media menjelang perlawanan LaLiga menentang Villarreal awal pagi ini (Sabtu).
#RealMadridVillarreal pic.twitter.com/X0IPmOm7EJ
— Real Madrid C.F. (@realmadriden) April 7, 2023
"Selepas 1,272 perlawanan sebagai jurulatih, saya tidak perlu membuktikan apa-apa.
"Saya tidak akan mengubah diri saya. Anda perlu menghormati sejarah peribadi saya bersama kelab ini.
"Saya tidak akan mengubah diri saya untuk sesiapa kerana saya rasa amat selesa di sini, di mana warganya amat menyayangi saya. Ini adalah kelab terbaik di dunia.
"Saya berasa disayangi dan selamat di sini, jadi tiada sebab untuk saya bralih arah dari Real Madrid ke Barcelona," katanya.
Topic Berkaitan
#barcelona
#Carlo Ancelotti
#Real Madrid
#Jurulatih Bola Sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan