awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lama nama tak didengari, Dani Alves bebas dari penjara

Astro Arena
Astro Arena
28/03/2025
23:20 MYT
Lama nama tak didengari, Dani Alves bebas dari penjara
Dani Alves dituduh atas kesalahan merogol dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun setengah. Namun, ketika perbicaraan, mahkamah dapati keterangan mangsa kurang dipercayai dan tidak sepadan dengan cerita. - Foto Astro ARENA
BEKAS pemain Barcelona, Dani Alves, dibebaskan dari penjara oleh mahkamah di Catalonia, Sepanyol selepas terdapat percanggahan dalam keputusan yang tidak konsisten.
Semalam, hakim membatalkan sabitan kesalahan pertahanan kebangsaan Brazil itu atas kesalahan serangan seksual, dua tahun lalu.
Bintang berusia 41 tahun itu dituduh atas kesalahan merogol seorang wanita di dalam tandas sebuah kelab malam di Barcelona dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun setengah.
Dani Alves has won his appeal against a sexual assault conviction after a Spanish court overturned the ruling. pic.twitter.com/nbp54ncV76
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 28, 2025
Namun, ketika perbicaraan yang dilakukan, mahkamah mendapati bahawa keterangan mangsa kurang dipercayai dan tidak sepadan dengan cerita yang dijelaskan menerusi rakaman video yang diambil.
Sementara menunggu keputusan rayuannya, bekas rakan sepasukan Neymar Jr itu dilepaskan dengan jaminan RM4.7 juta dan masih boleh dirayu di Mahkamah Agung Sepanyol.
Menurut laporan peguam mangsa, wanita tersebut sangat sedih dan membuatkan dirinya seperti kembali semula ke tempat kejadian dan mengingati segala perkara yang berlaku.
Topic Berkaitan
#dani alves
#barcelona
#penjara
#kes rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan