SUKAN

Lamine Yamal derita penyakit takkan sembuh?

Astro Arena 01/11/2025 | 04:30 MYT
Tahap kesakitan yang dialami tonggak Sepanyol itu belum dipastikan, dan masih menunggu laporan penuh berdasarkan keputusan diagnosis. - Stadium Astro
PEMENANG Euro 2024, Lamine Yamal, difahamkan berdepan kecederaan pangkal paha serius yang merisikokan karier bola sepaknya.


Ringkasan AI
  • Lamine Yamal Cedera Serius: Bintang Euro 2024 berusia 19 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pangkal paha yang berisiko menjejaskan kariernya.
  • Dikaitkan Dengan Pubalgia: Kecederaan dipercayai sejenis pubalgia, sama seperti yang pernah dialami Lionel Messi, namun tahap kesakitan Yamal masih menunggu laporan diagnosis.
  • Tiada Kenyataan Rasmi: Barcelona belum mengeluarkan kenyataan rasmi; fokus kini pada pemulihan agar prestasi Yamal tidak terjejas.


Menurut sumber, juara Piala Dunia 2022, Lione Messi, juga mengalami masalah yang sama dan pernah dirawat sebanyak dua kali.

Khabar angin di media sosial menjelaskan bintang Barcelona itu menghidapi pubalgia, sejenis kecederaan kronik pada pangkal paha yang menyebabkan sakit berterusan di bahagian tulang pubis.

Namun, tahap kesakitan yang dialami tonggak Sepanyol itu belum dipastikan, dan masih menunggu laporan penuh berdasarkan keputusan diagnosis.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Punca kepada penyakit yang menganggu Yamal tersebut juga belum ditemui sepenuhnya, sebaliknya fokus terhadap pemulihan supaya tidak merencatkan persembahan di atas padang.

Sehingga kini, kelab LaLiga itu belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Yamal, 19, merupakan produk akademi Barcelona, dan semakin menggoncang dunia bola sepak ekoran bakat dan prestasinya yang begitu mempersona.

Dia juga menduduki tempat kedua undian Ballon d'Or selepas tewas kepada penyandang utama, Ousmane Dembele. -- Stadium Astro



#Lamine Yamal #kecederaan pangkal paha serius #pubalgia #barcelona