awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas mengaku tidak bersalah miliki bahan letupan di Nilai
Enam termasuk tiga beradik didakwa tetak tiga lelaki di depan restoran
JKDM catat kutipan hasil RM76.18 bilion pada 2025, lebih RM8.93 bilion daripada sasaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapor kepada SPRM jika ada bukti pemain Kedah terima rasuah

Bernama
Bernama
07/11/2017
12:47 MYT
Lapor kepada SPRM jika ada bukti pemain Kedah terima rasuah
AHMAD BASHAH: Tampil buat laporan jika benar.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) meminta mereka yang mempunyai bukti pemain Kedah menerima rasuah pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabtu lepas, supaya tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata laporan itu penting bagi memastikan sama ada dakwaan dibuat itu benar, sekali gus tidak menjejaskan imej persatuan dan masa depan bola sepak Kedah.
"...yang tular berita ini, kalau ada bukti boleh buat laporan kepada SPRM, itu hak peminat dan orang ramai agar memudahkan pihak berkenaan menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan yang tular di media sosial, mengatakan tujuh pemain skuad Lang Merah disogok RM200,000 seorang pada perlawanan tersebut.
Ahmad Bashah berkata setiap dakwaan tanpa disertakan dengan bukti kukuh tidak boleh dipercayai sama sekali, justeru beliau meminta perbuatan sedemikian dihentikan segera.
"Selalu kalau orang ada benda itu (bukti) dia akan buat aduan...dia kena tampil dan buat laporan, bila dah kata ada bukti dan ada orang sanggup nak jadi saksi, saya minta teruskan supaya SPRM dapat bertindak buat siasatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kedah itu berkata selagi tiada sebarang keputusan daripada pihak jawatankuasa tertinggi persatuan berkenaan, beliau akan meneruskan tugas sebagai Presiden KFA seperti biasa.
"Permintaan daripada Pemuda UMNO semalam adalah apa dilihat mereka seolah-olah orang ramai tidak menghargai jasa presiden, itu pandangan mereka. Sebab itu mereka rasa agak terkilan kerana peranan presiden bukan mudah nak sampai tahap ke final dua kali berturut-turut, cuma kali ini kita tidak bernasib baik...sekarang saya di sini (KFA) masih lagi presiden," katanya.
Semalam, Pemuda UMNO Kedah menggesa Ahmad Bashah mempertimbangkan untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden KFA serta merta agar sukan bola sepak negeri ini tidak terus dijadikan sebagai bahan politik oleh pihak tertentu.
Selain Ahmad Bashah, Pemuda UMNO negeri itu juga memohon semua kepimpinan UMNO termasuk barisan exco negeri, yang menyandang jawatan dalam KFA supaya berundur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#bola sepak
#Kedah
#Lang Merah
#Presiden KFA
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan