awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laungan berunsur xenophobia punca Indonesia didenda FIFA

Astro Arena
Astro Arena
13/05/2025
02:10 MYT
Laungan berunsur xenophobia punca Indonesia didenda FIFA
Menurut Arya, PSSI harus bertanggungjawab atas perlakuan diskriminasi penyokong semasa perlawanan antara Indonesia dan Bahrain pada 25 Mac lalu. - Foto StadiumAstro
AKIBAT cemuhan berbaur diskriminasi ditujukan kepada pasukan kebangsaan Bahrain, Persekutuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) menerima teguran dan denda daripada FIFA.
Hukuman itu adalah untuk PSSI memberikan kesedaran kepada penyokong skuad Garuda bagi mengelak kejadian serupa berulang, yang dilihat menjejaskan lagi laluan Indonesia ke Piala Dunia 2026.
Arya Sinulingga, Ahli Jawatankuasa Eksekutif PSSI berkata, PSSI dihukum berdasarkan surat bernombor FDD-23338 merujuk kepada Perkara 15 Kod Tatatertib FIFA mengenai diskriminasi. PSSI menerima surat tersebut pada Sabtu (10/5/2025).
"PSSI harus bertanggungjawab atas perlakuan diskriminasi penyokong semasa perlawanan antara Indonesia dan Bahrain pada 25 Mac.
"Menurut laporan itu, FIFA menyatakan bahawa penyokong Indonesia paling aktif di kawasan utara dan selatan dengan meneriakkan slogan xenofobia (kebencian terhadap warga asing)," kata Arya menerusi kompas.id.
Dalam laporan itu juga FIFA memperincikan bahawa laungan xenofobia yang ditujukan kepada Bahrain muncul sekitar minit ke-80. Penonton di sektor 19 adalah yang paling boleh didengari dalam melakukan kesalahan diskriminasi itu.
"PSSI mesti membayar denda hampir setengah bilion rupiah (RM107,424). PSSI juga mesti mengurangkan kira-kira 15 peratus daripada kerusi yang ada di utara dan selatan untuk perlawanan tuan rumah seterusnya," sambung Arya.
Jurulatih Bahrain, Dragan Talajic, turut melahirkan rasa kecewa terhadap gelagat penyokong Indonesia terhadap pasukannya.
Walaupun mengagumi suasana di Jakarta, Talajic tidak berpuas hati dengan laungan 'mafia' yang ditujukan kepada pemainnya.
“Saya kesal dengan laungan penyokong Indonesia yang sangat tidak sesuai,” kata Talajic pada sidang media selepas tamat perlawanan antara Indonesia dan Bahrain.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#FIFA
#xenophobia
#Bahrain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami