awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih baik naik taraf fasiliti sedia ada daripada bina 'gajah putih' baharu - Hannah

Bernama
Bernama
09/03/2023
15:59 MYT
Lebih baik naik taraf fasiliti sedia ada daripada bina 'gajah putih' baharu - Hannah
Hannah berkata, budaya penyelenggaraan yang baik dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan pembaziran untuk membina infrastruktur sukan baharu. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu menerapkan budaya penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan fasiliti sukan sedia ada di seluruh negara daripada membina lebih banyak fasiliti baharu bagi mengelakkan ia menjadi projek gajah putih.
Menterinya, Hannah Yeoh, berkata budaya penyelenggaraan yang baik dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan pembaziran untuk membina infrastruktur sukan baharu.
Katanya, pihaknya sedang membuat inventori fasiliti sukan dan venue latihan kendalian kementerian itu dan jika ada dana yang terhad, ia boleh digunakan untuk menaik taraf fasiliti bekenaan sebelum merancang membina kemudahan baharu.
"Selepas ada inventori lengkap, kita akan buat padanan dengan persatuan sukan kebangsaan supaya boleh selaraskan penggunaan fasiliti yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2023, di sini, hari ini.
Kejohanan empat hari anjuran Daikin Malaysia di Pusat Badminton Siunsuria-Pioneere di Kota Damasara, di sini, telah disertai seramai 1,500 pemain dalam enam kategori dengan kumpulan umur berbeza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#KBS
#Gajah Putih
#fasiliti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan