[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Lebuhraya Lekas ditutup sementara Sabtu, Ahad ini untuk acara berbasikal

Bernama 12/10/2022 | 13:31 MYT
Anggaran trafik pada tempoh penutupan selama 11 jam itu membabitkan 40,000 kenderaan. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan ditutup sementara kepada semua lalu lintas mulai jam 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi Ahad sempena edisi ketujuh acara berbasikal malam, 'RHB Lekas Highway Ride 2022'.
Ketua Pegawai Eksekutif Lekas, Wan Salwani Wan Yusoff, berkata penutupan jalan bermula dari Persimpangan Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi dengan sejumlah 19 persimpangan akan ditutup bagi memastikan kelancaran dan keselamatan bagi 5,618 peserta.
Dalam kenyataan malam ini, katanya, anggaran trafik pada tempoh penutupan selama 11 jam itu membabitkan 40,000 kenderaan.
Bagi laluan alternatif, pengguna dari arah utara (Kuala Lumpur, Cheras, Kajang) dan arah selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihatkan agar menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS.
-- BERNAMA
#Lebuhraya Lekas #penutupan lebuh raya #acara berbasikal #RHB Lekas Highway Ride 2022