Lee Chong Wei alami kecederaan ringan

Astro Arena
Ogos 10, 2015 03:02 MYT
Kecederaan itu memaksa Chong Wei (gambar) terlepas sesi latihan bersama rakan sepasukan lain dan sekadar menjalani latihan ringan di gimnasium hotel. -Gambar fail
MENJELANG Kejohanan Dunia, kem badminton negara menerima berita yang merisaukan apabila Datuk Lee Chong Wei didapati mengalami kecederaan di ibu jari kaki kanannya ketika sesi latihan.
Kecederaan itu memaksa Chong Wei terlepas sesi latihan bersama rakan sepasukan lain dan sekadar menjalani latihan ringan di gimnasium hotel.
Menurut laporan Utusan Online, kecederaan itu bagaimanapun tidak akan menghalang Chong Wei untuk bertanding seperti yang telah disahkan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia BAM Morten Frost.
Datuk Lee Chong Wei bakal memulakan saingan di Kejohanan Badminton Dunia berdepan wakil Lithuania Kestutis Navickas pada Selasa.
#badminton #gimnasium #kecederaan #Kestutis Navickas #Lee Chong Wei #sesi latihan