[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SPORTS

Lee Zii Jia juara Terbuka Thailand

Astro Awani 22/05/2022 | 09:33 MYT
Lee Zii Jia mencipta satu lagi kejayaan selepas memenangi pusingan final menerusi acara Kejohanan Badminton Terbuka Thailand hari ini. - Gambar Twitter BAM Malaysia
BANGKOK: Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencipta satu lagi kejayaan selepas memenangi pusingan final menerusi acara Kejohanan Badminton Terbuka Thailand sebentar tadi.
Zii Jia menewaskan pemain China, Li Shi Feng menerusi tiga set dengan kutipan mata 17-21, 21-11, 23-21 dalam aksi yang berlangsung di Impact Arena Bangkok.
Kejayaan tersebut menandakan Zii Jia menjadi pemain ketiga negara yang memenangi acara tersebut selepas Yong Kock Hin pada 2001 dan Hafiz Hashim dalam kejohanan yang berlangsung pada 2005.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Lee Zii Jia #juara Terbuka Thailand #Terbuka Thailand #Hafiz Hashim