SPORTS

Lee Zii Jia nak memandu pun kena kerumun dengan peminat

Astro Arena 02/06/2024 | 07:45 MYT
4-9 Jun akan menjadi medan tempur buat Zii Jia yang seterusnya di Terbuka Indonesia. - Foto Bernama
SETELAH berjaya mempamerkan aksi konsisten meraih juara di Terbuka Thailand dan naib juara di Malaysia Masters baru-baru ini, Lee Zii Jia nampaknya kekal di landasan tepat untuk berlatih dan menambah baik kualiti permainan dengan latihan berkala.

Namun apa yang menarik perhatian admin adalah keterujaan peminat yang sanggup menunggu pemain perseorangan pertama lelaki negara kita itu di tempat letak kenderaan di kawasan latihannya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tidak kira golongan dewasa atau kanak-kanak, masing-masing sanggup menunggu untuk bergambar dan bertemu dengannya.


4-9 Jun ini akan menjadi medan tempur buat Zii Jia yang seterusnya di Terbuka Indonesia dan sama-sama kita doakan yang terbaik buatnya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


*Artikel disiarkan di Stadium Astro



#Lee Zii Jia #peminat berkerumun #Terbuka Indonesia #badminton