[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

Legenda BMX Dave Mirra meninggal dunia

Ian Johan Ariff 05/02/2016 | 06:44 MYT
Dave Mirra semasa sidang media selepas perlumbaan Rally Car pada X Games 14 di Home Depot Center, Ogos 2008. Gambar - AFP.
Dave Mirra, 41, yang meninggal dunia pada Khamis terkenal sebagai seorang atlet BMX yang mencetuskan revolusi dalam sukan BMX.
Di sebalik itu, dalam kesibukannya sebagai seorang atlet, dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Mirra jaguh 14 kali X-Games, dikenali sebagai seorang bapa dan suami yang penyayang dan ia dapat disaksikan menerusi gambar-gambar yang dikongsikannya di Instagram.

Race morning family pic in Lake Placid. Love it. #family4life

A photo posted by Dave Mirra (@davemirra) on

Seringkali Mirra menggunakan #BeADadNotAFad untuk menegaskan kepentingan dan tanggungjawab menjadi seorang bapa.
Justeru berita kematiannya dipercayai akibat bunuh diri satu yang mengejutkan peminatnya di seluruh dunia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mirra meninggalkan isterinya Lauren Blackwell Mirra dan dua anak perempuannya.
Selepas bersara daripada sukan BMX, Mirra terus aktif dalam pelbagai jenis sukan termasuk perlumbaan rally.
Lauren sentiasa menyokong suaminya dimana Mirra merupakan model peranan kepada anak-anaknya untuk menjalani kehidupan yang aktif.
Menurut kenyataan polis Greenville, Mirra ditemui mati 4 petang Khamis akibat tembakan yang dipercayai hasil perbuatannya sendiri.
Datuk Bandar Greenville, Allen Thomas turut memuji Mirra yang disifatkan sebagai seorang yang rendah diri dan disenangi.
Mirra turut melahirkan 20 pemain BMX profesional di kawasan kejiranannya itu.
#BMX #Dave Mirra