SUKAN

Legenda bola sepak Wales, Terry Yorath meninggal dunia

Astro Awani 08/01/2026 | 09:20 MYT
Terry Yorath (foto), bekas pemain tengah Leeds United dan legenda bola sepak Wales, meninggal dunia pada usia 75 tahun. -Gambar fail/FB The Football Archive
LONDON: Bekas pemain tengah Leeds United dan legenda bola sepak Wales, Terry Yorath, meninggal dunia pada usia 75 tahun, menurut kenyataan keluarganya pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Terry Yorath, bekas pemain tengah Leeds United dan legenda bola sepak Wales, meninggal dunia pada usia 75 tahun.
  • Yorath meraih 59 kaps bersama pasukan kebangsaan Wales dan kemudian menjadi pengurus pasukan kebangsaan dari tahun 1988 hingga 1993.
  • Pemergian Terry Yorath disifatkan sebagai kehilangan besar oleh Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) dan Leeds United, dengan majlis pengebumian dijangka diadakan secara tertutup bersama keluarga.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dilahirkan di Cardiff, Yorath memulakan kerjaya profesional bersama Leeds United pada 1967 dan mencatat 199 penampilan serta 11 gol sepanjang sembilan musim.

Beliau merupakan sebahagian daripada skuad kendalian Don Revie yang memenangi kejuaraan Divisyen Pertama Inggeris.

Selepas meninggalkan Leeds, Yorath beraksi untuk Coventry City, Tottenham Hotspur, Vancouver Whitecaps dan Bradford City, sebelum menamatkan karier dengan satu penampilan untuk Swansea City.

Di peringkat antarabangsa, beliau meraih 59 kaps bersama skuad kebangsaan Wales dan kemudian menjadi pengurus pasukan kebangsaan dari 1988 hingga 1993.

Yorath ialah bapa kepada penyampai sukan BBC, Gabby Logan.

Anak lelakinya, Daniel, meninggal dunia pada usia 15 tahun akibat kardiomiopati hipertrofik ketika bermain bola sepak pada 1992.

Sebagai pengurus, Yorath turut membimbing Swansea City, Bradford City dan Sheffield Wednesday, serta menjadi penolong pengurus di beberapa kelab Liga Inggeris.

Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) dan Leeds United mengucapkan takziah dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar kepada dunia bola sepak.

Majlis pengebumian dijangka diadakan secara tertutup bersama keluarga, manakala majlis penghormatan khas akan diumumkan FAW dalam masa terdekat.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pencapaian utama Terry Yorath semasa berkhidmat bersama Leeds United?
    A: Yorath mencatatkan 199 penampilan dan 11 gol bersama Leeds United serta menjadi sebahagian daripada skuad yang memenangi kejuaraan Divisyen Pertama Inggeris.
  • Q: Bagaimanakah perjalanan kerjaya Terry Yorath selepas meninggalkan Leeds United?
    A: Selepas meninggalkan Leeds United, Yorath beraksi untuk beberapa kelab termasuk Coventry City, Tottenham Hotspur, Vancouver Whitecaps, dan Bradford City sebelum menamatkan karier dengan satu penampilan untuk Swansea City.
  • Q: Siapakah anak lelaki Terry Yorath yang turut meminati bola sepak tetapi meninggal dunia pada usia 15 tahun?
    A: Anak lelaki Terry Yorath yang turut meminati bola sepak ialah Daniel, yang meninggal dunia akibat kardiomiopati hipertrofik ketika bermain bola sepak pada 1992.



#bola sepak #Terry Yorath #meninggal dunia #legenda bola sepak Wales