LEGENDA bola sepak Brazil, Ronaldo, mendedahkan bahawa dia sedang menjalani terapi untuk bertarung dengan masalah kemurungan sambil terkilan dengan cara kesihatan mental diabaikan sepenuhnya sewaktu dia bergelar pemain satu ketika dahulu.
Bekas bintang PSV, Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid itu diiktiraf umum sebagai antara pemain terbaik dalam generasinya.
Ronaldo mewakili Brazil dalam empat edisi Piala Dunia dan memenangi Anugerah Kasut Emas dan Bola Perak dalam kejayaan pasukan itu pada 2002 selepas tidak terlibat ketika Selecao turut menjuarai edisi 1994.
Bagaimanapun, dia hanya memenangi dua gelaran liga (kedua-duanya dalam LaLiga bersama Madrid), di mana karier gemilangnya kerap terganggu dengan kecederaan.
Menerusi satu dokumentari baru yang disiarkan DAZN, Ronaldo membincangkan mengenai kesihatan mental pemain bola sepak bersama bekas rakan sepasukannya dalam skuad Brazil dan Madrid, Roberto Carlos.
'O Fenomeno' ditanya dalam satu temu bual bersama Marca mengenai kesukaran yang dihadapinya dan mengesahkan bahawa dia juga menderita disebabkan kemurungan.
"Hari ini, saya perlu menjalani terapi. Saya sudah menjalani terapi selama dua setengah tahun dan saya kini lebih memahami diri saya berbanding sebelum ini.
"Tetapi apa pun, saya daripada generasi di mana anda dicampakkan ke dalam arena dan anda perlu melakukan yang terbaik tanpa ada sedikit pun drama.
"Apabila saya lihat kembali, benar, kami terdedah kepada kepenatan mental yang amat-amat besar dan tanpa sebarang persediaan untuk menghadapinya.
"Juga kerana ia merupakan permulaan era internet dengan kelajuan setiap informasi disalurkan. Pada ketika itu, langsung tiada kesedaran mengenai kesihatan mental pemain.
"Hari ini, pemain lebih bersedia, mereka diberikan perhatian kesihatan yang mereka perlukan untuk menghadapinya setiap hari dan pemain juga sudah banyak dikaji: profil mengenai setiap pemain, bagaimana mereka memberikan reaksi, bagaimana mereka sepatutnya bereaksi.
"Pada zaman saya, malangnya tiada perkara seperti itu kerana kita semua tahu kehidupan dalam bola sepak akan memberikan banyak tekanan dan akan memberikan kesan yang besar sepanjang hidup kita," katanya.
Astro Arena
Sun Oct 16 2022

Ronaldo mewakili Brazil dalam empat edisi Piala Dunia dan memenangi Anugerah Kasut Emas dan Bola Perak dalam kejayaan pasukan itu pada 2002. - Foto Astro ARENA

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

10 Berita Pilihan - (26 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Messi, Ronaldo lakar pencapaian bersejarah
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, kedua-duanya mengukuhkan kedudukan selaku antara dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Ronaldo lakar rekod dunia, penampilan antarabangsa terbanyak
Lebih manis, ia diraikan dengan dua jaringan ketika Portugal membelasah Liechtenstein 4-0 dalam kelayakan Euro 2024.

Sepakan percuma Ronaldo inspirasi kebangkitan Al Nassr
Ronaldo menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-78, membatalkan gol pembukaan Abdulfattah Adam pada minit ke-26.

Ronaldo alami kekalahan pertama, Al Ittihad pintas Al Nassr ke puncak liga
Al Ittihad memperoleh kemenangan 1-0 untuk mengambil alih Al Nassr di puncak liga.

Anak Ronaldo mula belajar bahasa Arab
Anak perempuan Cristiano Ronaldo, Alana dan Bella sedang belajar bertutur dalam bahasa Arab.

Gempa bumi: Ronaldo hantar bantuan ke Syria, Turkiye
Cristiano Ronaldo menghantar bantuan barangan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

Ronaldo nafi adakan hubungan seks dengan pempengaruh Venezuela
Georgilaya mendakwa Ronaldo menghantar mesej menjemputnya ke bilik hotel.

Ronaldo dalam kelas tersendiri, sumbat hatrik kedua
Bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu mendapat hatrik pada separuh masa, susulan jaringan empat golnya dua minggu lalu.

Ronaldo raikan Hari Penubuhan Arab Saudi
Ronaldo dilihat gembira meraikan hari tersebut bersama rakan-rakan sepasukan Al-Nassr dengan memakai pakaian tradisi negara itu.

Ronaldo lepasi 500 gol liga ketika jaring empat gol atasi Al Wehda
Cristiano Ronaldo mencatat satu lagi pencapaian apabila dia menjaringkan gol liga ke-500 dalam kerjayanya yang luar biasa dalam kemenangan 4-0 Al Nassr ke atas Al Wehda.