awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda Itali, Gianluigi Buffon menyesal 'beli' diploma

Sinar Harian
Sinar Harian
14/02/2024
01:45 MYT
Legenda Itali, Gianluigi Buffon menyesal 'beli' diploma
Disebabkan tidak mahu selamanya hidup dalam penipuan dan rasa bersalah, maka Buffon yang kini berusia 46 tahun tampil membuat pengakuan tersebut. - Foto fail/Stadium Astro
BIELLA: Penjaga gol legenda Itali dan Juventus, Gianluigi Buffon membuat pengakuan mengejut apabila dia ‘membeli’ diploma ketika usianya baru mencecah 18 tahun.
“Saya ada membuat banyak kesilapan terutama sekali ketika saya masih muda. Sehingga hari ini, saya cukup menyesal dengan tindakan saya mendapatkan diploma,” katanya.
Buffon yang bersara pada Ogos tahun lalu dianggap antara bekas pemain Itali yang cukup cemerlang sepanjang kariernya dalam bola sepak.
Selain berjaya mengetuai Itali muncul Juara Dunia pada 2006, Buffon turut cemerlang di peringkat kelab bersama Juventus, Parma dan Paris Saint-Germain (PSG).
Buffon juga dipuji kerana kecemerlangannya dalam bidang akademik kerana memiliki diploma. Namun, pengakuan Buffon merasuah orang lain untuk mendapatkan diplomanya telah mengejutkan ramai pihak.
Disebabkan tidak mahu selamanya hidup dalam penipuan dan rasa bersalah, maka Buffon yang kini berusia 46 tahun tampil membuat pengakuan tersebut.
“Saya tidak akan mengulangi kesilapan sama. Ia satu ketidakadilan, saya bukan seorang yang mahu menggunakan jalan pintas untuk berjaya,” ujarnya. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Gianluigi Buffon
#diploma
#Juventus
#penjaga gol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan