SUKAN
Leona Chin raih tempat ketiga kategori TP2 di pusingan 3 MTCC

Mewakili pasukan Pitworks Kuraz Motorsports, Leona berdepan hujung minggu yang mencabar apabila masalah mekanikal menjejaskan sesi kelayakan dan Perlumbaan 1.
ATLET sukan permotoran negara, Leona Chin, membuktikan ketabahan dan semangat juangnya apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori TP2 semasa Perlumbaan 2 Pusingan 3 Malaysia Touring Car Championship (MTCC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Ringkasan AI
- Leona Chin meraih tempat ketiga dalam kategori TP2 Perlumbaan 2 Pusingan 3 MTCC di Litar Antarabangsa Sepang, mewakili pasukan Pitworks Kuraz Motorsports.
- Beliau menghadapi cabaran besar akibat masalah mekanikal yang menjejaskan sesi kelayakan dan Perlumbaan 1, namun pasukannya berjaya memulihkan jentera menjelang Perlumbaan 2.
- Dengan pengalaman dan teknik pemanduan mantap, Leona berjaya menamatkan perlumbaan di podium, membuktikan semangat juang tinggi menjelang pusingan akhir MTCC yang dijadualkan pada 5 hingga 9 September.
Namun, hasil usaha gigih pasukan sepanjang malam, jentera Leona kembali berada dalam keadaan terbaik menjelang Perlumbaan 2.
Pelumba berpengalaman itu memanfaatkan sepenuhnya peluang tersebut dengan teknik pemanduan mantap, catatan masa konsisten dan aksi memotong yang tepat untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
“Hujung minggu ini menguji saya dan pasukan dalam setiap aspek. Dari kelayakan hingga Perlumbaan 1, kami berdepan masalah mekanikal yang hampir menamatkan peluang kami — tetapi menyerah kalah tidak pernah menjadi pilihan.
“Saya bangga kerana kami terus berjuang dan berjaya membawa pulang podium untuk Pitworks Kuraz Motorsports," kata Leona dalam satu kenyataan.
Pusingan ketiga menyaksikan pertarungan sengit di litar, dengan Leona dan pasukannya membuktikan ketabahan mereka di bawah tekanan.
MTCC merupakan antara siri perlumbaan kebangsaan paling kompetitif di Malaysia, menghimpunkan pelumba berbakat dan peminat sukan permotoran dari seluruh negara.
Pusingan akhir Kejuaraan Kereta Jelajah Malaysia (MTCC) 2025 dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 5 hingga 9 September depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami