awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lepas jawatan Presiden KAFA, tumpu aktiviti kebajikan - Annuar Musa

Bernama
Bernama
10/11/2016
02:19 MYT
Lepas jawatan Presiden KAFA, tumpu aktiviti kebajikan - Annuar Musa
ANNUAR: Saya tetap aktivis bola sepak...sekiranya saya dicalonkan, kemungkinan saya akan menawarkan diri. - Gambar fail
Tan Sri Annuar Musa hari ini menjelaskan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) antara lain bagi memberi fokus kepada aktiviti kebajikan.
Beliau berkata tumpuan khusus akan diberi kepada tiga pertubuhan -- Yayasan Kemiskinan Kelantan, Yayasan Persahabatan Malaysia dan Yayasan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Saya juga mahu mengembangkan lagi pusat pembelajaran al-Quran dimiliki keluarga yang kini mempunyai kira-kira 300 murid kepada sebuah pusat pembelajaran tahfiz.
"Pada masa sama, saya juga perlu memberi tumpuan kepada pembinaan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab di kawasan saya (Parlimen Ketereh)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.
Annuar yang juga Pengerusi Mara, semalam memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya sebagai Presiden KAFA berkuat kuasa serta-merta.
Annuar berkata keputusan itu juga bagi memberi peluang kepada individu lebih layak dan mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan sepertimana yang berjaya dilakukan negeri-negeri lain.
Ditanya mengenai kemungkinan beliau bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada pemilihan kongres persatuan itu awal tahun depan, Annuar tidak menolak kemungkinan itu sekiranya beliau dicalonkan.
"Saya tetap aktivis bola sepak...sekiranya saya dicalonkan, kemungkinan saya akan menawarkan diri.
"Menguruskan bola sepak kebangsaan berbeza skopnya dengan pasukan negeri, cabaran lebih besar dan sangat berbeza, bukan soal mencari dana semata-mata tapi lebih daripada itu," katanya. --BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti kebajikan
#Annuar Musa
#KAFA
#MARA
#presiden KAFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan