Lewis Hamilton positif COVID-19, terpaksa lupakan perlumbaan GP di Bahrain

Agensi
Disember 1, 2020 07:32 MYT
Hamilton didapati positif COVID-19 dalam ujian kesihatan menjelang perlumbaan Grand Prix di Bahrain. - Gambar fail
Pelumba Formula One, Lewis Hamilton disahkan positif COVID-19 dan tidak akan menyertai kejohanan Grand Prix yang akan berlangsung di Bahrain hujung minggu ini.
Pasukan Mercedes menerusi kenyataannya di Twitter memaklumkan, Hamilton kini telah diarah menjalani proses kuarantin.
Difahamkan, pelumba bagi pasukan Mercedes itu mengalami gejala ringan sebelum disahkan positif COVID-19 berikutan mempunyai kontak rapat dengan individu positif.

BREAKING: Lewis Hamilton will miss this weekend's Sakhir Grand Prix in Bahrain after a positive test for Covid-19 pic.twitter.com/c0XCfyDmWZ

— Formula 1 (@F1) December 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, menurut pasukan itu, Hamilton masih dalam kondisi kesihatan yang baik dan perlu sembuh sepenuhnya daripada wabak itu sebelum dibenarkan semula untuk beraksi.
Sebelum ini, dia turut menjalani tiga peringkat ujian saringan COVID-19 namun disahkan negatif hasil ujian tersebut.
#Lewis Hamilton #Formula 1 #COVID-19 #Grand Prix #Bahrain #pandemik