Liga Europa: Liverpool lawan Manchester United buat kali pertama di pentas Eropah

Astro Arena
Februari 27, 2016 00:55 MYT
Anfield bakal menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama dan seterusnya di Old Trafford.
KEJUTAN berlaku ketika undian pusingan 16 terakhir Liga Europa berlangsung apabila juara 5 kali kejohanan Eropah Liverpool diundi bertemu musuh tradisi Manchester United.
Pertemuan tersebut akan berlangsung pada 10 dan 17 Mac depan.
Anfield bakal menjadi tuan rumah pada perlawanan pertama dan seterusnya di Old Trafford.
Pengendali Liverpool Jurgen Klopp akui dia sememangnya menantikan pertemuan ini terutamanya dipentas Eropah.
"Anda boleh bertanyakan kepada staf saya kerana bila mereka bertanyakan saya semalam, saya berkata saya mahukan Manchester United," katanya.
United yang tidak pernah memenangi kejohanan itu menewaskan wakil Denmark FC Midtjylland 6-3 secara agregat dengan pemain muda Marcus Rashford menjadi wira meledak dua gol di pertemuan kali kedua.
Ini merupakan pertemuan kali pertama diantara Liverpool dan Manchester United di pentas Eropah.
Kali terakhir perlawanan melibatkan dua pasukan England dipentas UEFA Cup/Europa League adalah pada tahun 1973 dimana Liverpool berdepan Tottenham.
#jurgen klopp #Liga Europa #Liverpool #Manchester United #MU