SPORTS

Liga Juara-Juara Eropah: City tersungkur di suku akhir, tewas kepada Lyon 1-3

Astro Awani 15/08/2020 | 22:41 MYT
Impian Manchester City layak ke pusingan seterusnya dalam Liga-Juara-Juara Eropah lebur selepas tunduk kepada Lyon 1-3. -Reuters
IMPIAN Manchester City layak ke pusingan seterusnya dalam Liga-Juara-Juara Eropah lebur selepas tunduk kepada Lyon 1-3.

Lyon terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-24.

City bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Kevin de Bruyne selepas babak kedua.

Moussa Dembele namun berjaya meletakkan Lyon di depan menerusi gol pada minit ke-79.

Dia turut meledak jaringan kedua pada minit akhir permainan.

Lyon dijadual bertemu Bayern Munich Rabu ini.
#Bayern Munich #Kevin de Bruyne #Liga Juara-Juara #Lyon #Manchester City #minit akhir permainan #Moussa Dembele