awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Juara-Juara kembali ke bumi Madrid

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2022
00:47 MYT
Liga Juara-Juara kembali ke bumi Madrid
Pemain-pemain Real Madrid meraikan kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara selepas menjinakkan Liverpool dalam perlawanan akhir di Paris. (Foto AP)
REAL Madrid membuktikan kelab La Liga masih dalam kelas tersendiri di pentas kejuaraan Liga Juara-Juara apabila menjulang kejuaraan berprestij kelab bola sepak Eropah tersebut buat kali ke-14.
Gol babak kedua minit ke-59, Vinicius Junior sudah cukup membolehkan anak buah Carlo Ancelloti menewaskan kelab sensasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 1-0 dalam perlawanan akhir di Stade de France, Paris.
Biarpun perlawanan akhir berintensiti tinggi itu tertangguh 35 minit akibat kekecohan di luar stadium, namun kedua-dua pasukan yang memiliki reputasi menakjubkan di saingan domestik ternyata tenang mempersembahkan aksi terbaik masing-masing.
Real Madrid berpeluang mendahului Liverpool sebelum rehat, namun jaringan penyerang sensasi Karim Benzema pada minit ke-42 dibatalkan selepas didapati ofsaid.
Bagaimanapun Vinicius Junior yang berpengalaman bersama-sama Brazil menebus kehampaan itu apabila berjaya meloloskan kawalan Trent Alexander-Arnold bagi menterjemahkan tindakan Fede Valverde untuk gol tunggal perlawanan tersebut.
* Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#Liverpool
#Vinicius Junior
#Liga Juara-Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan