awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Juara-Juara: Porto bakal bertemu Malaga

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2013
09:47 MYT
Liga Juara-Juara: Porto bakal bertemu Malaga
Aksi Liga Juara-juara Eropah peringkat 16 pasukan terakhir akan menyaksikan pertembungan juara bertahan Liga Portugal, Porto dengan kelab Sepanyol, Malaga awal pagi Rabu.
Bakal berlangsung di Estadio do Dragao, Porto dilihat punya kelebihan.
Bakal berdepan Malaga yang kurang konsisten musim ini, Porto dilihat menjadi pilihan untuk perlawanan ini.
Malah kejayaan mengatasi Beira Mar dalam saingan Liga Portugal baru-baru ini disifatkan tonik terbaik buat pasukan kendalian Vitor Pereira.
Selain itu prestasi Porto yang kini berada di kemuncak bakal menjadi ramuan terbaik bagi berdepan Malaga.
Memenangi 15 daripada 19 perlawanan Liga Portugal sudah cukup menggambarkan kemampuan pasukan ini.
Sementara itu, pengendali Malaga, Manuel Pellegrini akui pasukannya berdepan tugas sukar.
Namun dia tidak melihat situasi itu sebagai halangan dalam usaha mencipta kejutan.
Malah Pellegrini berpendapat skuadnya mampu beraksi baik dalam memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Malaga mempunyai rekod yang baik dalam perlawanan di sekitar Eropah apabila sekadar mencatat satu kekalahan daripada 12 perlawanan.
Topic Berkaitan
#beira mar
#Liga Portugal
#Malaga
#Porto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan