SUKAN
Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal
Vinicius Junior meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya menerusi sepakan penalti ketika perlawanan Liga Juara-Juara antara Bayern Munich dan Real Madrid di Arena Allianz, Munich, Jerman, 30 Apr 2024. (Foto AP)
BINTANG Real Madrid, Vinicius Junior, menjaringkan dua gol, termasuk sepakan penalti pada minit ke-82 bagi memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Bayern Munich dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara penuh dramatik awal pagi tadi.
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu menjaringkan gol buat pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-24 selepas menerima hantaran Toni Kroos di Allianz Arena.
Bayern pula menjaringkan dua gol pantas dalam separuh masa kedua, dengan Leroy Sane menyamakan kedudukan pada minit ke-53 sebelum Harry Kane menyempurnakan penalti.
Bagaimanapun, Real turut diberikan sepakan penalti selepas Rodrygo dijatuhkan sebelum Vinicius tenang menyamakan kedudukan, menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat menjelang aksi timbal balik minggu hadapan.