KUALA LUMPUR: Kerjasama Liga Bola Sepak Sepak Malaysia (MFL) dengan dua stesen televisyen selaku penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga M), Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilihat bakal melonjakkan nilai komersial pertandingan bola sepak tempatan.
Perkara ini diakui oleh bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali memaklumkan sukan bola sepak sudah menjadi satu perniagaan dan jalinan dengan penyiar rasmi ini pastinya akan menguntungkan semua pihak.
“Bola sepak masa kini sudah jadi industri dan kitarannya akan saling berkait rapat. Semua pihak termasuk penyokong untuk mendapatkan info terkini pasukan masing-masing," katanya hari ini.
Tambah Safee, selain manfaat diperoleh pihak penyiar, pasukan juga boleh mendapat keuntungan daripada kerjasama berkenaan.
“Sebagai contoh, pasukan akan dapat hak penyiaran dan dalam masa sama, nilai sesebuah pasukan mampu ditingkatkan. Penyokong juga pastinya akan dapat ikuti pasukan mereka secara lebih rapat menerusi program atau pun segmen khas yang bakal diatur oleh pihak penyiar rasmi,” katanya.
Dalam pada itu, sokongan yang diterima kini lebih meluas seperti yang dapat dilihat pada liga luar negara, sekali gus memberi publisiti kepada pasukan termasuklah aspek menjana pendapatan.
Penglibatan Astro dan RTM ini bakal menjanjikan siaran perlawanan serta liputan yang lebih komprehensif bagi Liga M musim ini demi kepuasan tontonan peminat tanah air.
Astro akan menyiarkan semua perlawanan dalam definisi tinggi (HD) dan boleh di tonton di platform linear (TV), On Demand dan Astro GO.
Menerusi kerjasama ini, Astro akan membawakan variasi persembahan dan penyampaian ulasan serta analisis di studio dari barisan pakar, terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia bola sepak.
Kandungan eksklusif lain termasuklah, sorotan perlawanan, sidang media pra-perlawanan, sesi latihan pemain, akses temubual pemain serta aktiviti menarik yang akan diadakan bagi memberi peluang dan pengalaman kepada peminat merasai kehangatan Liga M kelak.
Agensi
Sun Feb 05 2023

Menurut Safee, bola sepak masa kini sudah jadi industri dan kitarannya akan saling berkait rapat diantara satu sama lain. - BERNAMA

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib [TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016504/7377782631680238540358_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib

Lelaki pukul imam diarah jalani pemeriksaan mental
Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak, hanya menjawab 'saya terdengar suara'.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Kes SRC : Tiada sesiapa yang kebal undang-undang - V. Sithambaram
Keputusan Mahkamah Persekutuan menujukkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermotifkan politik oleh pihak pendakwaan. "Tiada sesiapa yang kebal undang-undang," katanya. #AWANInews

Insentif pertama kali buat anggota sukarelawan, petunjuk baharu perhatian kerajaan
Pemberian bantuan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian.

Pantau Belanjawan: Inisiatif memperkasa kerjaya wanita

Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di Labuan.

Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Kualiti padang antara faktor kemenangan Harimau Malaya - Safee
Permukaan padang berkualiti tinggi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, jelas antara faktor membantu Harimau Malaya mencatat dua kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, baru-baru

Kelibat Paulo Josue, Endrick mampu beri impak berbeza buat skuad kebangsaan - Safee Sali
Berdasarkan prestasi semasa mereka, ia sangat memberangsangkan kerana Paulo Josue dan Endrick dos Santos dapat menjaringkan banyak gol.

Mat Yo terkejut Safee Sali umum bersara
Beliau bagaimanapun menghormati keputusan penyerang legenda negara itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Safee ucap selamat tinggal kepada dunia bola sepak profesional
Kata Safee, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk bersara selepas mengambil kira usianya.

Liga M: Kerjasama Astro, RTM bakal bawa keuntungan semua pihak - Safee Sali
Kerjasama Liga Bola Sepak Sepak Malaysia (MFL) dengan dua stesen televisyen selaku penyiar rasmi, Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal melonjakk nilai komersial pertandingan bola sepak.

'Nilai kami sebagai aset pasukan, bukan barang dagangan pakai buang' - PFAM
Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Mohd Safee Sali meminta pasukan bola sepak tempatan agar menghargai pemain dan tidak mengambil kesempatan ke atas mereka.

Prestasi Safee belum di tahap terbaik - Bojan
Jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, diasak dengan pelbagai persoalan berikutan keengganan pengendali Croatia itu menggunakan khidmat penyerang sejati, Safee Sali.

Astro hasil dokumentari eksklusif dengan KLUFC
Astro dan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) mengumumkan akan menyiarkan satu dokumentari baharu kisah di belakang tabir pasukan itu pada musim Liga Super Malaysia akan datang.

Safee harap saingan Liga-M tidak ditangguh
Pendekatan digunakan pengelola La Liga Sepanyol boleh dipraktikan untuk memastikan kelangsungan saingan Liga-M dalam tempoh mencabar ketika ini.

10 tahun selepas Malaysia juarai Piala Suzuki AFF
Penyerang negara, Safee Sali, turut mencatat nama sebagai penjaring terbanyak setelah meledakkan lima gol sepanjang kejohanan itu.