SPORTS

Liga Pro Saudi: Al-Ittihad rai kejuaraan liga dengan kemenangan

Astro Arena 21/05/2025 | 06:31 MYT
Moussa Diaby menjadi pemain utama dengan dua jaringan awal. - Stadium Astro
AL-ITTIHAD memperoleh kemenangan selepas merangkul kejuaraan Liga Pro Saudi dengan kemenangan 3-2 ke atas Al-Shabab.


Ringkasan AI
  • Kejuaraan Liga Pro Saudi: Al-Ittihad meraih kejuaraan Liga Pro Saudi buat kali ke-10 setelah mengalahkan Al-Raed minggu lalu dan memuktamadkan kejayaan dengan kemenangan 3-2 ke atas Al-Shabab.
  • Bintang Perlawanan & Sumbangan Gol: Moussa Diaby menjadi pemain utama dengan dua jaringan awal, diikuti oleh Steven Bergwijn yang menambah gol ketiga untuk memastikan kemenangan Al-Ittihad.
  • Persaingan Kasut Emas & Prestasi Musim: Karim Benzema kini memburu kasut emas dengan 21 gol, berada di belakang Cristiano Ronaldo yang mencatat 23 gol. Al-Ittihad mengumpul 80 mata dan masih berbaki satu perlawanan menentang Damac pada 27 Mei.


Al-Ittihad dinobat sebagai juara Arab Saudi buat kali ke-10 apabila menewaskan Al-Raed minggu lalu, sekali gus merampas trofi daripada Al-Hilal.

Moussa Diaby menjadi watak penting buat Al-Ittihad, menewaskan Al-Shabab dengan menjaringkan dua gol seawal minit pertama dan minit ke-34, sebelum Steven Bergwijn melengkapkan jaringan ketiga.

Penyerang sensasi Al-Ittihad, Karim Benzema, kini memburu kasut emas dengan kini mengumpul 21 jaringan di belakang bekas rakan sepasukan di Real Madrid, Cristiano Ronaldo, dengan 23 jaringan.

Al-Ittihad cemerlang mengumpul 80 mata sepanjang musim dengan berbaki satu perlawanan menentang Damac pada 27 Mei nanti. -- Stadium Astro




#Liga Pro Arab Saudi #Al-Ittihad #juara liga #Karim Benzema #Cristiano Ronaldo