SPORTS

Liga Pro Saudi: Benzema pastikan Al-Ittihad semakin hampiri gelaran

Astro Arena 12/05/2025 | 02:20 MYT
Benzema (gambar) menggandakan catatan sembilan minit selepas rehat, bertukar hantaran dengan Abdulrahman Al-Obud sebelum merembah masuk bola ke sudut kiri. - Foto StadiumAstro
KARIM Benzema menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 Al-Ittihad ke atas Al-Fayha semalam untuk membantu pasukannya mendahului sembilan mata di puncak Liga Pro Saudi.

Al-Ittihad kini akan mengalihkan tumpuan mereka kepada pertembungan Al-Hilal menentang Al-Orobah malam ini, dengan jurang mereka kepada pasukan di tempat kedua lebih baik dengan baki tiga perlawanan.

Benzema membenarkan Al-Ittihad mendahului pada minit ke-24, bergandingan baik dengan Unai Hernandez sebelum rembatan kaki kirinya melepasi gawang dikawal Orlando Mosquera.

Pemain berusia 37 tahun itu menggandakan catatan sembilan minit selepas rehat, bertukar hantaran dengan Abdulrahman Al-Obud sebelum merembah masuk bola ke sudut kiri.

Ia terbukti sebagai aksi terakhir Benzema dalam permainan apabila dia digantikan pada minit ke-57 selepas mengalami kecederaan, walaupun ia tidak kelihatan cukup serius untuk mengetepikannya daripada perebutan gelaran.

Walaupun tanpa azimat mereka di atas padang, Al-Ittihad melebarkan kedudukan mereka dengan berbaki 15 minit menerusi gol sendiri Mohammed Al-Baqawi.





#Liga Pro Saudi #Al-Ittihad #Karim Benzema #Al-Fayha