[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SPORTS

Liga Pro Saudi: Tiket Al-Nassr ke ACLE makin berliku

Astro Arena 08/05/2025 | 03:15 MYT
Karim Benzema meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukan sementara Cristiano Ronaldo (kiri) kelihatan kecewa ketika perlawanan Liga Pro Saudi antara Al Nassr dan Al Ittihad di Al-Awwal Park, Riyadh, Arab Saudi, 7 Mei 2025. REUTERS
AL-NASSR 2 AL-ITTIHAD 3

Misi Al-Nassr untuk layak ke Liga Juara-Juara Elit Asia (ACLE) makin berliku selepas membenarkan kebangkitan 3-2 pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Ittihad, di Al-Awwal Park awal pagi tadi.

Jaringan Houssem Aouar dalam masa tambahan melengkapkan kebangkitan pelawat yang turut menyaksikan pertembungan bekas duo Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema, mengetuai kelab masing-masing.



An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Al-Nassr mendahului 2-0 ketika permainan baru berusia 37 minit selepas Sadio Mane memecah kebuntuan perlawanan disusuli jaringan Aiman Yahya.

Akibat kegagalan mempertahankan kedudukan itu, mereka kini menghuni tangga keempat liga di belakang Al-Ahli dalam perebutan tiga slot ke ACLE menuju empat baki perlawanan musim ini.







#Al-Nassr #ACLE #Al-Ittihad #Liga Juara-Juara Elit Asia