SUKAN
Liga Sukan Komuniti tarik 63,519 peserta, cungkil bakat baharu - KBS
Menurut KBS, empat acara sukan iaitu pingpong, bola jaring, sepak takraw dan bola baling dipertandingkan pada LSK kali ini.
KUALA LUMPUR: Penganjuran Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 menjadi kemuncak kepada kejohanan akar umbi itu yang menarik penyertaan 63,519 peserta dari seluruh negara sejak berlangsung dari Mei hingga September, menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Ringkasan AI
KBS dalam kenyataan memaklumkan empat acara sukan iaitu pingpong, bola jaring, sepak takraw dan bola baling dipertandingkan pada LSK kali ini yang bukan sahaja menjadi medan persaingan malah mencapai beberapa objektif utama termasuk mencungkil bakat baharu yang berpotensi mewakili negara pada masa hadapan.
" Selain itu, menyemai budaya sukan dalam kalangan masyarakat ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan, meningkatkan akses dan merakyatkan sukan menerusi amalan gaya hidup aktif dan sihat.
"Mengukuhkan perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti dan sebagai langkah intervensi sosial bagi mengelakkan gejala negatif terutamanya melibatkan belia dan anak muda," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan penganjuran LSK selari dengan teras kesejahteraan dan keyakinan dalam konsep Malaysia MADANI serta aspirasi Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) yang menekankan pembangunan sukan secara menyeluruh, inklusif dan berteraskan masyarakat.
Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Azura Abidin hadir merasmikan Majlis Pembukaan Kejohanan LSK Peringkat Kebangsaan 2025 di Sports Arena @ UNITEN Kampus Putrajaya, Kajang hari ini.
Pemenang setiap acara akan membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil dengan majlis penutup dijadualkan berlangsung pada 28 Sept ini di lokasi sama.
- BERNAMA
Ringkasan AI
- Liga Sukan Komuniti (LSK) 2025 capai kemuncak dengan penyertaan 63,519 peserta seluruh negara sejak Mei hingga September.
- Empat acara dipertandingkan pingpong, bola jaring, sepak takraw dan bola baling bagi mencungkil bakat baharu, memupuk budaya sukan dan mengukuhkan perpaduan komuniti.
- Selari aspirasi Malaysia MADANI & VSN 2030, kejohanan ini turut menjadi intervensi sosial elak gejala negatif; majlis penutup dijadual 28 Sept di Sports Arena @ UNITEN.