awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan

Astro Arena
Astro Arena
08/03/2023
20:42 MYT
Liga Super: Bojan Hodak kecewa KL City tiada padang sempurna untuk latihan
BOJAN: Ia sudah pasti menjadi masalah kerana dalam bola sepak, perkara utama adalah padang, bola dan pemain. - Gambar fail/Astro ARENA
KETUA jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, kecewa apabila pasukannya tiada padang latihan yang sesuai untuk menjalani latihan.
Ini selepas padang latihan mereka di Pudu Ulu berada dalam keadaan yang tidak memuaskan, sambil padang di Stadium KLFA di Cheras juga berada dalam kondisi sama.
Menjelang perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC di laman lawan hujung minggu ini, Hodak berkata kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom: "Ia sudah pasti menjadi masalah kerana dalam bola sepak, perkara utama adalah padang, bola dan pemain, jika anda tiada perkara itu, jika anda tidak memilikinya dalam keadaan sempurna, ia bukan bola sepak.
"Kami tidak boleh berlatih di Pudu Ulu kerana padang di sana lebih teruk berbanding di stadium.
"Kami tiada pilihan lain, mereka sedang mengusahakannya tetapi saya tidak tahu, kami tiada pilihan lain," katanya.
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur City FC
#Bojan Hodak
#keadaan padang tidak memuaskan
#tiada padang latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan