SUKAN
Liga Super: Devan sah undur diri, Melaka risik ketua jurulatih baru
Pihak pengurusan Melaka FC menghormati keputusan Devan (gambar) sambil menghargai segala komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempohnya mengendalikan pasukan. - Foto Sinar Harian
PENGURUS Melaka, Muhammad Najmi Mohd Nordin, mengesahkan pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan daripada ketua jurulatih, Datuk K Devan.
Jelasnya, perlawanan Liga Super Melaka bertemu Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi dikendalikan oleh penolong jurulatih, S. Subramaniam.
"Kami sudah menerima surat peletakan jawatan pada 2-3 hari yang lepas.
"Jadi pasukan akan dibimbing penolong jurulatih, Subramaniam, untuk perlawanan malam ini," kata Najmi kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, semalam.
Pihak pengurusan kelab menghormati keputusan Devan sambil menghargai segala komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempohnya mengendalikan pasukan.
"Kami mengucapkan jutaan terima kasih.
"Dia sudah cuba yang terbaik tetapi dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku -- kita pun tahu.
"Jadi selamat maju jaya buatnya," katanya lagi.
Tambah Najmi, Melaka kini sedang meneliti calon ketua jurulatih baru yang akan diumumkan seawal bulan depan.
Antara pencapaian terbaik Devan sepanjang bimbing skuad Hang Tuah ialah muncul juara Liga A1 Semi-Pro musim 2024/2025.