TERENGGANU FC terpaksa akur dengan kekalahan selepas tewas 3-1 kepada Johor Darul Ta'zim dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Kemenangan yang diperoleh di tempat lawan menyaksikan gergasi Liga Malaysia, JDT terus kekal di persada Liga Super dengan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 14 perlawanan dengan mengumpul 42 mata sementara TFC di tangga ketujuh dengan 20 mata.
Dalam aksi yang sengit itu, anak buah bimbingan Esteban Solari terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan gunting penyerang berbisa, Fernando Forestieri, pada minit ke-20.
Terengganu memperoleh peluang menyamakan kedudukan seminit berselang menerusi penyerang muda, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob, namun percubaan sekadar melewati palang gol.
Usaha berterusan tuan rumah mencari gol penyamaan akhirnya berhasil apabila sepakan percuma Sony Norde pada minit ke-28 menerjah jaring tanpa sempat ditepis penjaga gol, Syihan Hazmi Mohamed untuk mengikat kedudukan 1-1.
Jaringan yang pemain dari Haiti itu merupakan gol kedua buat pasukan Harimau Selatan itu selepas kali pertama ketika menumpaskan Kelantan FC 5-1 pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Dalam usaha Terengganu menyaksikan mereka berjaya mengikat JDT 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama tidak berhasil apabila pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas Arif Aiman Mohd Hanapi dijatuhkan Sonny Norde.
Bergson Da Silva bertindak cemerlang berjaya menewaskan penjaga gol, Suhaimi Husin, untuk membenarkan pasukannya mendahului 2-1 sebelum menuju ke bilik persalinan.
Terengganu dihimpit masalah kekurangan pemain apabila Argzim Redzovic diperintahkan keluar padang selepas mengumpul dua kad kuning sebelum giliran Ivan Mamut pula dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Kelebihan pemain di atas padang digunakan sebaik mungkin pelawat dan berjaya mendapat gol ketiga hasil jaringan Endrick Dos Santos pada masa kecederaan untuk pasukannya merakam kemenangan 3-1. - Stadium Astro
Astro Arena
Sat Jun 10 2023
Pemain JDT Bergson Da Silva (kiri) meraikan gol dengan cara tersendiri selepas menjaringkan gol semasa menentang pasukan TFC. - Foto BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor
Victor berkata, pemain KDA FC telah berikan segalanya untuk membantu pasukan dalam perlawanan tersebut dan ia adalah satu kepuasan buat dirinya.
TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas
Kedua-dua pengadil itu gagal membuat keputusan yang tepat berhubung insiden situasi penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84.
Liga Super: Penang FC umum Wan Rohaimi sebagai ketua jurulatih baru
Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior mereka dalam saingan Liga Super.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Muhammad Hamzah berkata, apa juga alasan yang diberikan, seharusnya lokasi berkecuali dipilih dalam perlawanan penting seperti ini.
Sepatutnya pilihlah stadium berkecuali - Penyokong Perak FC
Keputusan MFL menukar lokasi perlawanan tertunda Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) mengecewakan peminat tuan rumah.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.