SUKAN
Liga Super: Jurulatih Sabah letak jawatan
De Marigny melepaskan kerusi panas itu meskipun berhasil membawa Sang Badak ke final Piala FA selepas 27 tahun. - Stadium Astro
DUA hari sebelum perlawanan Liga Super minggu ke-12 menentang DPMM, Sabah kelihatan tempang apabila Jean-Paul de Marigny meletakkan jawatan selaku jurulatih berkuat kuasa hari ini.
Ringkasan AI
Usai kekecewaan gagal menewaskan Johor Datul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala FA Ahad lalu, De Marigny melepaskan kerusi panas itu meskipun berhasil membawa Sang Badak ke final selepas 27 tahun.
Menurut Transfermarkt, bekas pengendali Western Sydney itu merekodkan lima kemenangan dalam semua pertandingan domestik sejak ketibaannya pada Ogos lalu.
Terdahulu, Pengarah Teknikal yang juga merupakan legenda Sabah, Scott Ollerenshaw, turut meninggalkan kelab Borneo itu susulan faktor keluarga di Australia. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Jean-Paul de Marigny meletakkan jawatan sebagai jurulatih Sabah hanya dua hari sebelum perlawanan Liga Super berlangsung, selepas gagal menewaskan Johor Darul Ta'zim dalam final Piala FA.
- Sejak ketibaannya pada Ogos, De Marigny mencatatkan lima kemenangan dalam semua pertandingan domestik menurut laman web Transfermarkt.
- Pengarah Teknikal Sabah, Scott Ollerenshaw, yang juga legenda kelab itu, turut meninggalkan jawatannya disebabkan faktor keluarga di Australia.