SUKAN
Liga Super: Kehebatan JDT sukar dibendung, ratah DPMM 10-0
Bergson (tengah) dan Arif Aiman (kiri) meraikan gol pertama ketika menentang Brunei DPMM FC, dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kehebatan Johor Darul Ta'zim (JDT) sukar dibendung apabila terus 'mengganas' dengan kali ini menjadikan DPMM FC sebagai 'mangsa' apabila menumpaskan lawan itu 10-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Skuad Harimau Selatan bimbingan Xisco Munoz hanya memerlukan sembilan minit untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan Bergson da Silva hasil hantaran lintang Arif Aiman Mohd Hanapi.
Tuan rumah terus mengasak sebelum dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-32 selepas Oscar Arribas dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Muhd Syafiq Safiuddin Abd Shariff, yang sebelum itu menerima amaran pertama pada minit ke-23 sebelum dilayangkan kad merah.
Bergson tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan penalti itu pada minit ke-35 dan menambah satu lagi jaringan dua minit kemudian bagi melengkapkan hatrik peribadi, sekali gus meletakkan JDT selesa mendahului 3-0.
Pada masa kecederaan babak pertama (45+1'), Aribas menambah jaringan keempat selepas bijak menyelinap masuk ke kawasan lawan untuk menolak masuk bola hantaran jauh penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Bersambung babak kedua, JDT tidak menunjukkan belas kasihan apabila terus berpesta gol.
Manuel Hidalgo meledak jaringan kelima pada minit ke-56 hasil gerakan Romel Morales, sebelum Pengiran Yura Indera Putera Pengiran Yunos tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-64.
Arif Aiman menambah jaringan ketujuh pada minit ke-68, manakala Bergson sekali lagi menemui sentuhan pemusnah dengan gol keempat peribadi pada minit ke-73 hasil umpanan Hidalgo.
Pesta jaringan diteruskan apabila Jairo Da Silva menjaringkan gol kesembilan pada minit ke-82 selepas menerima hantaran Park Junheong, sebelum Morales menutup malam gemilang JDT dengan tandukan kemas pada minit ke-88.
Kemenangan besar itu sekali lagi menegaskan status JDT sebagai kuasa utama bola sepak tempatan selain terus kukuh di puncak Liga Super musim ini.
Sementara itu, di Stadium Negeri Sarawak, Kuching City FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas sekadar seri 1-1 menentang Penang FC.
Pelawat terlebih dahulu di depan pada minit ke-14 apabila Tchetche Kipre menanduk masuk hantaran Dylan Wenzel-Halls, namun tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti disempurnakan Wanja Ronald Ngah pada masa kecederaan babak pertama (45+7').
Meskipun Kuching City FC menggandakan serangan pada separuh masa kedua, benteng Penang FC kekal utuh sehingga wisel penamat untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Sementara itu,Negeri Sembilan FC (NSFC) kembali menemui rentak terbaik apabila mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan PDRM FC 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Bagaimanapun, Skuad Jang dilihat bergelut mencari sentuhan jaringan pada separuh masa pertama sebelum pemain import, Joseph Esso membuka tirai gol pada minit ke-53.
Lima minit kemudian (58'), Jovan Motika menggandakan kedudukan menerusi sepakan percuma percuma dari jarak kira-kira 25 meteryang menewaskan penjaga gol lawan, sekali gus menceriakan lebih 6,000 penyokong tuan rumah.
-- BERNAMA