KUALA LUMPUR: Jaringan pada masa kecederaan oleh pemain gantian, Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada aksi Liga Super 2023, pada Sabtu.
Walaupun menguasai separuh masa pertama, Kedah jelas buntu menembusi kubu pertahanan tuan rumah, dengan peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-20 menerusi percubaan dari luar kotak penalti pemain tengah Tajikistan, Amirbek Juraboev, yang tersasar di sebelah kiri gawang Sri Pahang.
Sri Pahang yang berjaya menyerap tekanan demi tekanan daripada Kedah hampir menjaringkan gol pendahuluan namun sepakan voli penyerang dari Brazil, Lucas Silva dinafikan penjaga gol Kedah, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, tiga minit sebelum babak pertama tamat.
Bersambung babak kedua, tuan rumah yang meningkatkan tempo permainan dihadiahkan sepakan penalti selepas sepakan penyerang Kpah Sherman terkena tangan pertahanan lawan, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, pada minit ke-60.
Peluang tersebut tidak disia-siakan tonggak tengah dari Argentina, Stefano Brundo untuk membuka tirai jaringan 'Tok Gajah' pada minit ke-62.
Sri Pahang berpeluang menambah gol kedua selepas Mohd Aiman Afif Md Afizul menolak Sherman di dalam kotak penalti namun sepakan diambil Silva melewati palang gol pada minit ke-86 sebelum rembatan kencang Reis pada minit ketiga masa kecederaan memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Dalam pada itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, pasukan Negeri Sembilan FC meraih kemenangan kedua berturut-turut musim ini apabila mengalahkan pasukan tercorot, Kelantan FC, 4-2.
Jaringan dari luar kotak penalti oleh tonggak pertahanan, Mahalli Jasuli meletakkan skuad 'Hobin Jang Hobin'di depan pada minit ke-16 sebelum pelawat bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang Ismaheel Akinade yang tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-36.
Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila tuan rumah hanya memerlukan dua minit untuk kembali di depan menerusi tandukan pemain pertahanan dari Perancis, Herold Goulon.
Akinade kemudian menanduk masuk jaringan keduanya untuk mengikat kedudukan 2-2 tujuh minit selepas babak kedua bersambung, namun bola tolakan Shahrel Fikri pada minit ke-75 kembali memberi kelebihan kepada pasukan bimbingan K. Devan.
Penyerang import dari Brazil, Anselmo Arruda Da Silva melebarkan kedudukan dengan menjaringkan gol keempat Negeri Sembilan, sekali gus melengkapkan kemenangan mereka pada minit ke-88.
Sementara itu, di Stadium Negeri, Kuching, Kuching City FC mengalami kekalahan kelima beturut-turut selepas tewas 1-0 kepada PDRM FC, hasil jaringan penyerang kacukan Jepun-Brazil, Bruno Suzuki, pada minit ke-73.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Antara aksi dalam perlawanan Kedah Darul Aman FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan. - Foto Facebook/Kedah Darul Aman FC

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Datuk Seri Vida ada dana untuk Kelantan FC tapi bukan jalan tutup hutang
Vida berkata, andai hasratnya untuk kembali ke Kelantan FC tercapai, anaknya Eric Zaquan akan main peranan utama selaku penaung kelab.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih
JDT mengekalkan rekod bersih untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan melakarkan kemenangan ke-13 dengan menundukkan Penang FC, 2-0, di Stadium Bandaraya, George Town.

Liga Super: Kelantan United bergaya lakar kemenangan sulung 4-1
Peluang mencetak jaringan hadir pada minit ketiga, namun Fazrul Amir sekadar melepaskan rembatan lemah yang terus ke dakapan penjaga gol.

Liga Super: Lee Tuck bantu Kedah atasi Sabah 2-1
Dua jaringan Lee Tuck membantu Kedah Darul Aman (KDA FC) memanjat satu anak tangga ke tempat keempat Liga Super 2023 selepas menundukkan Sabah FC 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

JDT tiada tandingan, Selangor tewaskan KDA FC
Kemenangan kali ke-12 berturut-turut oleh pasukan kendalian Solari Esteban Andres itu, menguatkan lagi cengkaman Harimau Selatan sebagai pendahulu liga.

Sabah FC menang di laman sendiri
Sabah FC yang bermain di laman sendiri beraksi cemerlang menewaskan Perak FC 3-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas.

Liga Super: Sri Pahang berdepan masalah kecederaan kritikal
Antara pemain dalam senarai kecederaan adalah penyerang import kelahiran Brazil, Lucas Silva dan perancang utama, Nor Azam Azih.

Empat ditahan terlibat kekecohan antara penyokong Perak FC, Selangor FC
Kesemua yang ditahan, berumur antara 18 dan 26 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Royal Rumble penyokong cemari aksi Perak, Selangor di Ipoh
Ia diibaratkan langit dan bumi antara The Bos Gaurus dan The Red Giants, yang berakhir dengan kemenangan bergaya 4-0 pasukan pelawat.