awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Sabah berdepan kunjungan Selangor tanpa empat tonggak

Bernama
Bernama
13/08/2024
00:30 MYT
Liga Super: Sabah berdepan kunjungan Selangor tanpa empat tonggak
Pemain Sabah FC menjalani latihan semalam sebagai persediaan terakhir sebelum bertemu Selangor FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Likas malam ini. - Foto Sabah FC
KOTA KINABALU: Sabah FC bakal berdepan kunjungan Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini tanpa empat tonggak utamanya akibat kecederaan.
Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee berkata kapten pasukan Park Taesu bersama Gabriel Peres, Miguel Cifuentes, dan pemain kebangsaan Stuart Wilkin masih dalam senarai kecederaan pasukan itu.
Beliau berkata Selangor juga sudah tentu akan memanfaatkan pertemuan itu untuk mencatat keputusan positif menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim FC pada 24 Ogos ini.
"Bagi Sabah, kemenangan (jaringan 2-3) menentang Sri Pahang FC di Temerloh tempoh hari (Jumaat lepas) sangat positif untuk kita bersiap sedia memberikan tentangan hebat kepada Selangor malam ini.
"Kita tahu Selangor mendapat kemenangan ketika beraksi di luar sebelum ini dan layak ke final Piala FA, jadi sudah pasti ia akan memberikan cabaran yang cukup sengit beraksi di Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sabah pada masa ini berada di kedudukan keempat dalam Liga Super dengan 13 mata daripada tujuh perlawanan, manakala Selangor di tempat kedua dengan 16 mata daripada lapan perlawanan.
Sehubungan itu, Kim Swee berkata Sabah tidak akan memandang rendah keupayaan pasukan lawan serta memastikan kesemua pemain bersiap sedia pada perlawanan hari ini.
"Kita tahu berdasarkan rekod, Sabah mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri berikutan sokongan padu daripada penyokong.
"Apa yang penting semua pemain perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sekali gus memberikan komitmen penting untuk mencapai keputusan positif malam esok," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Ong Kim Swee
#Sabah FC
#Selangor FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan