awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan

Bernama
Bernama
13/02/2025
23:45 MYT
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan turut mengingatkan anak buahnya supaya mengawal ketat penyerang naturalisasi Paolo Josue yang disifatkan ancaman besar kepada pertahanan skuad Penyu. - Gambar hiasan/Terengganu FC
KUALA NERUS: Pasukan Terengganu FC (TFC) berazam meneruskan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.
Ketua Jurulatih TFC Badrul Afzan Razali berkata skuad Penyu perlu memanfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Justeru, pengendali berusia 49 tahun itu menuntut pemain supaya lebih fokus dan kembali cergas bagi mengekang serangan skuad The City Boys.
"Kita masih ada baki tujuh perlawanan dalam Liga Super dan setakat ini kita ketinggalan lima mata di belakang Sabah FC di tempat ketiga.
"Untuk peluang naik ke kedudukan tiga teratas, TFC tak boleh lagi keciciran mata. Kita akan manfaatkan sepenuhnya empat aksi di tempat sendiri untuk kutip mata maksima sebagai cabaran kepada Sabah FC," katanya ketika ditemui di SSMZA.
Sementara itu, Badrul Afzan yang juga bekas pemain tengah Terengganu turut mengingatkan anak buahnya supaya mengawal ketat penyerang naturalisasi Paolo Josue yang disifatkan sebagai ancaman besar kepada pertahanan skuad Penyu.
Beliau berkata keupayaan Josue untuk menyudahkan setiap peluang terhidang menjadikan pemain itu senjata lawan yang cukup ampuh serta berbahaya.
"Apatah lagi kita (TFC) juga bermasalah di bahagian serangan. Sejujurnya saya masih tidak berpuas hati dengan barisan hadapan.
"Boleh dikatakan di setiap perlawanan kita mempunyai peluang, tetapi tak dapat menjaringkan gol kerana ketumpulan serangan," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Terengganu FC
#badrul afzan razali
#Kuala Lumpur City FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan