[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SPORTS

Ligue 1: Selepas Messi, giliran Ramos ucap selamat tinggal PSG

Astro Arena 03/06/2023 | 05:14 MYT
Ramos memenangi dua gelaran Ligue 1 berturut-turut bersama PSG dan menjaringkan lima gol daripada 57 penampilannya. - Foto Astro ARENA
SERGIO Ramos akan mengikuti jejak Lionel Messi meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas pasukan juara Perancis itu mengesahkan akan berpisah dengan pertahanan veteran Sepanyol itu pada penghujung kontraknya.
Ramos menghabiskan dua musim di Parc des Princes selepas menyertainya daripada Real Madrid secara perpindahan percuma tetapi dia kini akan melakukan penampilan terakhirnya di venue itu dalam perlawanan menentang Clermont Foot awal pagi esok.
Pemain berusia 37 tahun itu memenangi dua gelaran Ligue 1 berturut-turut bersama PSG dan menjaringkan lima gol daripada 57 penampilannya walaupun prestasinya kerap menimbulkan persoalan dan pemergiannya juga bukan sesuatu yang mengejutkan.
"Menyarung jersi Merah dan Biru ini untuk dua tahun merupakan satu pengalaman yang luar biasa ," kata Ramos dalam satu kenyataan.
"Saya memiliki satu pengembaraan yang sukar dilupakan di Paris dan saya mahu berterima kasih kepada anda semua atas sokongan dan kasih sayang. Allez Paris!"
Dia kemudian menambah dalam satu ciapan Twitter: "Esok merupakan hari yang istimewa, esok saya akan mengucapkan selamat tinggal kepada satu lagi tahap dalam hidup saya, selamat tinggal buat PSG."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PSG #Lionel Messi #Sergio Ramos #perpindahan